Skip to main content

" ِAwak terlupa ya ? "

بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبى 


Syamila pulang ke rumah dengan wajah yang sugul. Teman-teman serumah saling berpandangan. Pelik.

" Ni mesti kes result periksa ni? " Nailah bersuara. Lali dengan sikap teman serumah merangkap sahabat karibnya.

" Nailah, markah saya rendah kali ni. Saya tak dapat full mark. Saya dapat 98% je. Sedihnya. " Syamila yang dari tadi diam membisu mula meluahkan rasa hati.

Suhaila dan Naimah mula mengerti dan kemudian berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

" Tahniah. Good job, friend. " Nailah seperti tidak menghiraukan kesedihan hati Syamila, bahkan sempat mengucapkan tahniah.

" Apa yang good job nya ? kan rendah ni. " Balas Syamila berbaur sedikit rasa geram.

Nailah tersenyum.

" Senyum pula dia." Syamila menjeling.

" Syamila, setiap kali dapat result, setiap kali itu awak akan merungut tentang markah peperiksaan tersebut. Awak dah lupa ye? " Nailah cuba menduga sahabatnya sambil menghampiri Syamila.

Nailah amat memahami Syamila. Syamila pelajar yang rajin. Belajar, siang dan malam. Namun, disebalik itu, Syamila sering merungut apabila keputusan peperiksaan yang diperolehinya tidak seperti yang diharapkan.

" Lupa apa ? " Syamila kembali mengajukan soalan. Tidak mengerti maksud temannya itu.

"Awak lupa ye, ALLAH dah bagi apa yang terbaik untuk awak ? Awak lupa ya, ALLAH tempat kita bertawakkal ? Awak lupa ya, semua yang berlaku dalam rancangan ALLAH ? Awak terlupa ya ? " Tanya Nailah bersahaja.

Bukan niat Nailah untuk menyinggung, hanya ingin memperingati temannya itu bahawa, kita sebagai manusia perlu berusaha , berdoa serta bertawakkal. Pengharapan dan keyakinan yang tinggi pada ALLAH itu sangat-sangat dituntut dalam Islam. Tambahan Syamila bukanlah tergolong dalam golongan mereka yang lemah prestasi pembelajaran.

Syamila menundukkan wajah. Malu. Dia terlupa pada hakikat tawakkal yang sebenar. Dia terlalu mengharapkan kesempurnaan dan kejayaan. Dia terlupa untuk serahkan segala urusan, penat lelahnya selama ini kepada ALLAH. Dia terlupa untuk mengungkap lafaz syukur.

" Syamila, awak bertuah. Masih diberi peluang untuk teruskan pengajian. Masih diberi kudrat untuk terus menatap buku-buku. Masih diberi kesempatan untuk berkongsi pendapat dan ilmu bersama teman-teman yang lain. Di luar sana, masih ramai sahabat-sahabat kita yang ingin belajar tapi mereka tak mampu kerana kemiskinan, peperangan atau tidak diberi kudrat yang sempurna."

" Syamila, ingat. Menuntut ilmu, bukan untuk meraih markah yang banyak dan bukan untuk mengejar pangkat yang tinggi sahaja. Bahkan, lebih daripada itu. Kita menuntut ilmu untuk menyelamatkan ummah. Kita menuntut ilmu untuk bersaing dengan musuh-musuh Islam. Kita menuntut ilmu untuk mendapatkan redha Allah. Mungkin hari ini, saya mengingatkan awak. Esok, lusa mungkin akan datang giliran saya. Ingatkan saya ya." Nailah menggenggam erat tangan Syamila. Senyum diukir seikhlas hati.

Kerana keakaraban mereka, Syamila sedikit pun tidak tersinggung. Malah, dia merasakan betapa bertuahnya dia memiliki sahabat sebaik Nailah. Mengingatkan dirinya kepada Allah, disaat-saat dirinya terasa lemah dan sedih.

" Terima kasih Nailah.Terima kasih kerana ingatkan saya. Uhibbuki Fillah. " Syamila terus memeluk erat temannya itu.

" Sama-sama." Nailah membalas pelukan.

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...