Skip to main content

Setajam pedang yang menusuk

بسم الله الرحمن الرحيم 

Kebanyakan manusia diberi nikmat lidah dan mulut. Ia bukan hanya berfungsi untuk menikmati nikmat makan dan minum sahaja, bahkan sebagai satu medium untuk meraih redha Ilahi. Dengan nikmat lidah dan mulut itu, kita boleh mengumpul segunung pahala. Bagaimana ? Cuba sebut kalimah ini ,

سبحان الله
الحمد لله 
الله اكبر
لا اله الا الله 
 اللهم صلى على محمد و على الى محمد

Ok, sekarang cuba teka dah berapa banyak kita kumpul pahala dengan hanya sebut kalimah-kalimah diatas ?

sekecil-kecil perkara juga dalam pemerhatian Allah,
inikan pula lisan yang menutur kata ..  
Rasulullah ada menyebut bahawa ,  


‘ Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan (Alif Lam Mim) itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf ‘
(Riwayat al-Tirmidzi)

Haaa.. Banyakkan.. =)

Pemurah tak Allah ? Yup, sangat-sangat pemurah. Tak terbanding dengan sesiapa dan apa-apa pun. Sebab itu lah Allah menjadikan kalimah Ar-Rahmah dan Ar-Rahim juga antara namaNya.

Tapi, kalau kita lihat kepada rata-riti umat Islam sekarang (termasuk diri penulis) berapa ramai yang betul-betul menggunakan kurniaan ini sebagai satu wasilah untuk kita lebih Taqarrub Ilallah ? Tak perlu tuding jari kepada mereka-mereka, sebaliknya kembali satu jari itu untuk cukupkan lima jari terus menuding diri kita sendiri. 

Take time to Muhasabah ourself !!!

Betapa teruknya kita, sering menyalahgunakan nikmat yang diberi. Digunakan bukan pada tempat yang betul dan benar. ( اهدنا الصراط المستقيم ). 

Mengumpat, mengata, mencaci, menghina dan memperlekehkan orang lain menjadi wirid harian. Terlalu sinonim dengan kehidupan. Daging, darah dan tulang belulang saudara seagama menjadi santapan dan hidangan harian. Tekak tak terasa jijik, kerana apa ? Kerana semua itu tidak terzahir di depan mata. Gambaran yang diberikan Al-Quran sedikit pun tidak menggugat hati dan iman. Petanda bahawa kurangnya iman kita. أستغفروا الله .

Allah berfirman yang bermaksud: 

“Wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan (terhadap sesama Muslim), kerana sebahagian sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari aib orang dan jangan pula sesetengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu, bahawa dia memakan daging saudara nya yang telah mati (bangkai)? Maka tentu kamu benci untuk memakannya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” 
(Surah al-Hujuraat ayat 12)

Sabda Rasulullah S.A.W. 

"wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, 
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" 
(Hadis riwayat Abu Daud) 


Walaupun makhluk lidah ini diciptakan tanpa tulang sebagaimana organ-organ lain, namun, terkadang ia mampu bertindak setangkas pedang yang beraksi di medan peperangan. Mampu melibas musuh tanpa mengenal erti belas dan kasihan. Menusuk tubuh-tubuh manusia tanpa mengira waktu dan ketika. Terlalu hebat !!!

Disebabkan terlalu hebat kuasa sebatang lidah, maka tak mustahillah kehebatannya mampu mengores hati insan-insan sekeliling. Merobek kedamaian jiwa mereka-mereka yang mencari kedamaian. Mengguris seketul daging yang masih mencari  sinar yang mampu menerangi kegelapan yang diselubungi dengan hitam pekatnya dosa.

Oleh itu teman, mari bersama kita perbaiki diri. Menjaga dan memelihara sebaik mungkin lidah dan mulut agar tiada hati yang terluka dek kerana lisan kita yang berbicara. Moga ia bukan menjadi penyebab kepada terhijabnya doa-doa yang dipohon. Bukan asbab kepada kelamnya jiwa untuk bertemu Hidayah dan TaufiqNya. Juga bukan menjadi punca kepada kerosakan hubungan antara sesama manusia. Malah menjadi asbab kepada kita menuju Jannah idaman !!! Yok bersama .. 

Semoga Allah redha .. ^_^


Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...