بسم الله الرحمن الرحيم
صلوا على النبي
Alhamdulillah, masih diberi kekuatan. Aidil adha kali ini merupakan hari raya yang ke-3 saya beraya tanpa keluarga disisi. Ramai sahabat yang tanya, "Fiqah, tak sedih ke raya kat Jordan?" Setiap kali raya, setiap kali itulah soalan yang sama akan ditanya. Penat den menjawab. ^^
Sedih itu sedih. Tak dinafikan. Keluarga itu rahmat dan nikmat, bila mereka tiada disisi, pasti terasa kurangnya. Tapi, itulah pengorbanan. Pengorbanan yang terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan pengorbanan insan-insan lain.
Berbicara tentang pengorbanan membuatkan hati terasa malu. Malu kepada kekasih Allah, Ibrahim dan Ismail alaihumasSalam. Pengorbanan kedua insan ini sangat hebat hanya untuk meraih cinta Allah, mereka sanggup menggadaikan insan tersayang. Tapi, pengorbanan saya, hanya berpisah untuk beberapa ketika dan beraya tanpa mereka disisi. Tu pun masih boleh ber'skype', ber'Viber', ber'Whatsapp' dan pelbagai lagi cara dan kemudahan yang ada untuk berhubung. Allah. Allah.
Tak berniat untuk mencoret kisah yang panjang. Cukuplah sedikit kata-kata untuk sama-sama kita koreksi diri dan bermuhasabah.
~ Pengorbanan itu indah andai didalamnya terisi dengan keCINTAan pada yang Esa ~
~ Keperitan dan kesusahan dalam menyusuri ERTI pengorbanan itu lumrah ~
~ Kerana didalamnya punya MAKNA yang sukar diterjemah ~
~ Buat hati-hati yang merindui erti HIDUP bertuhankan Allah yang Esa ~
* Selamat hari raya !! Kullu 3am wa entum bikhair buat keluarga dan sahabat2 tersyg diMalaysia .. :)
Doakan diri ini sentiasa .. <3
Comments