Skip to main content

Adab Memberi & Menjawab Salam ...

Daripada Abi Hurairah, Rasulullah bersabda : "Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki. Orang yang berjalan kaki kepada orang duduk. Kumpulan yang sedikit kepada kumpulan yang ramai dan orang yang muda memberi salam kepada orang yang tua."

Ucapan salam merupakan suatu lambang yang mulia bagi umat islam.Tanda agama seseorang pun dapat dinilai daripada ucapan salam.Mungkin ada yang terasa bosan untuk terus membaca entri kali ini.Namun saya terasa terpanggil untuk terus menulis tentang topik ini.Hal ini kerana,ucapan "Assalamualaikum" ini sering menjadi bahan mainan bukan sebagai kata-kata doa atau ibadat bagi sesetengah orang.Malangkan...

Namun,mungkin ada juga diantara pembaca yang tidak tahu hukum keadaan memberi dan menjawab salam mengikut syariat islam yang sebenar.Bagi mana-mana pembaca yang sudah tahu,post ini boleh dijadikan tazkirah untuk sama-sama kita memperingati.Terdapat banyak hukum mengenai hukum memberi dan menjawab salam ini.Sebelum itu mari kita perhatikan hukum memberi salam.Hukum memberi salam adalah sunat apabila :
  1. Bertemu antara dua saudara seislam
  2. Memasuki sesuatu majlis
  3. Keluar dari majlis ilmu
  4. Memasuki rumah sendiri atau masjid
  5. Memulakan percakapan dan ucapan
  6. Menziarahi dan melalui kubur.

Walaupun hukum memberi salam ini sunat tapi keadaan ini boleh berubah menjadi makruh apabila :
  1. Orang yang terlalu mengantuk,sedang tidur atau berjimak.
  2. Orang yang berada dalam tandas.
  3. Orang yang sedang makan.
  4. Orang yang sedang azan,solat,baca quran,talbiah,tasbih dan berzikir.
  5. Orang yang sedang mengadili dan menjatuhkan hukuman atau penyelesaian terhadap manusia.
  6. Orang yang sedang mengumpat atau melihat maksiat.

 Menurut pendapat yang terkuat dan jumhur fuqaha' syafi'e menyatakan bahawa tidak harus memberi salam kepada orang kafir. Al-Mawardi dalam kitabnya "Al-Hawi" menyatakan dua pendapat iaitu :
  1.  Tidak harus memberi salam kepada orang kafir.
  2.  Harus memberi salam dengan menyebut "Assalamualaika" bukan "Assalmualaikum",namun pendapat ini ditentang oleh An-Nawawi dan dianggap ganjil.

Manakala bagi hukum menjawab salam dari orang kafir juga terdapat dua pendapat iaitu :
  1.  Menurut jumhur,hendakalh dengan lafaz "Waalaikum".
  2. Al-Mawardi berpendapat bahawa harus menjawab dengan lafaz "Waalaikumussalam" tanpa meneyebut "Warahmatullah wa barakatuh".

Hal ini dapat disandarkan berdasarkan hadis Nabi daripada Anas bin Malik Radiallahuanhu bahawasanya Nabi bersabda yang bermaksud : "Apabila ahli-ahli kitab (orang kafir) memberi salam kepadamu, maka jawablah : Waalaikumsalam..."

Emmm...apa pula hukum seorang lelaki memberi salam kepada seorang perempuan yer???!!!Ayuh sama-sama kita lihat hukum yang telah ditetapkan.
  1. Salam seorang lelaki kepada seorang perempuan @ sebaliknya yang tidak mempunyai hubungan mahram adalah tidak disunatkan kecuali dalam keadaan aman daripada segala fitnah. Namun hukum ini boleh berubah menjadi harus apabila untuk tujuan pendidikan seperti ucapan salam pelajar kepada guru.
  2. Jika seorang lelaki memberi salam kepada seorang gadis remaja maka tidak harus dia menjawab.
  3. Jika seorang gadis memberi salam kepada seorang lelaki maka makruh bagi lelaki tersebut menjawab salam tersebut.
Kesimpulannya,jika kita mengahayati hikmah sebenar ucapan salam ini kita akan merasai nikmat ucapan ini kerana ucapan ini bukan ungkapan biasa tetapi disebalik ungkapan ini terselit seribu rahmat dan azimat untuk kita.Tak percaya???Cubalah..Selamat beramal...


Hayati bersama...
Ucapan Salam
Album : Cahaya Hati
Munsyid : Aeman
Tebarkanlah salam antara kita
Walau dimana sahaja
Walau siapa jua
Walau siapa sahaja
Walau dimana jua

Di masa kini ramai umat islam
Melupakan salan salam ia syiar Islam

Kenapa rasa malu
Untuk mengucapkan salam
Adakah cara yang lain
Lebih baik darinya
Oleh itu, yakinlah kita salam yang lebih utama

Merahkan alam ini
Saling memberi salam
Hidup aman bahagia
Inilah Syurga dunia...

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...