Skip to main content

Buatmu Wanita..Coretan dari hatiku...

"Sesungguhnya, orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan baik, yang lengah dan beriman (dengan tuduhan berzina), mereka dilaknat di dunia dan di akhirat dan mereka akan mendapat azab yang besar pada hari, (ketika) lidah,tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap segala sesuatu yang dulu mereka kerjakan..." (An-Nur : 23-24)

Melalui kalam suci ini,dapat kita hayati betapa ALLAH  menjaga dan memelihara kehormatan dan kesucian seorang muslimah mu'minah. Sungguh,kedatangan Islam telah meninggikan martabat seorang wanita ke posisi yang terlalu tinggi pada pandangan islam.Jika dirujuk didalam kitab cinta dari Pencinta Teragung,terlalu banyak teguran dan nasihat yang telah ALLAH berikan kepada kita sebagai muslimah untuk dijadikan motivasi serta panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

Hadis yang telah saya ambil ini juga dipetik daripada kisah hadistul ifki yang mana telah diturunkan untuk membersihkan nama ibunda saiyidatina Aisyah. Jelas,ALLAH amat memelihara hambanya.Walaupun berita fitnah ini tersebar luas sehingga baginda nabi juga tersinggung dengan fitnah yang tersebar,namun ALLAH MAHA MEMELIHARA telah memelihara ibunda Aisyah kerana ibunda Aisyah adalah hamba yang taat dan soleh juga pendamping kekasihNYA,Rasulullah.Ibunda Aisyah juga turut sedih dan terganggu dengan fitnah yang telah dilemparkan.Namun,keyakinan dan tawakkalnya pada ALLAH amat tinggi dan inilah contoh terbaik untuk kita semua.

Sedih untuk memperkatakan tapi inilah hakikat.Wanita kini hilang rasa malu,hilang sikap lemah lembut,hilang kesopanan dan yang utama hilang kesolehan.{Ya ALLAH,lindungi aku.Moga ALLAH jauhkan.(Nauzubillah)}.Mereka bukan sedih menjadi bahan fitnah,malah mereka berbangga dengan apa yang telah mereka lakukan ini.Tidak dapat dinafikan lagi.Saya sebagai wanita sendiri terkadang malu dengan sikap manusia-manusia yang mengaku islam tapi menjual harga diri dengan begitu murah.Tidak keterlaluan jika saya berkata demikian.Keadaan dunia kini sudah cukup menggugat jiwa wanita muslim saya.Jiwa dan hati siapa yang terasa senang andai agama sendiri dipermainkan???Mendedahkan kehormatan diri mereka sama seperti membuka kehormatan wanita lain untuk dijadikan bahan tontonan umum.Astagfirullah.Betul-betul menggaunggu.

Sedarlah wahai akhawatku sekalian...
Auratmu,kehormatanmu..peliharalah semampumu..walaupun kau bukan Siti Khadijah,bukan seperti Siti Aisyah,tidak seperti Masyitah,bukan jua Siti Asiyah tapi ingat!!!kaulah sayap kiri mujahid islam yang kini sedang berperang di jalan ALLAH..Tanpamu mereka tak mampu meneruskan perjuangan itu..Kerna,itulah fitrah kejadianmu..Jangan kau biarkan dirimu menjadi fitnah duniawi..

Kata-kata ku ini buatmu insan yang bergelar wanita dari lubuk hatiku yang dalam sebagai peringatan buatmu dan terutama buat diriku...

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...