Skip to main content

nukilan buat Syabab dan Syabbat

Bismillahhi Rahmani Rahim... AllahummaSalliA'laMuhammad...

Alhamdulillah,semakin hari semakin banyak nikmat yang dikurniakanNYA namun hamba yang kerdil ini sering kali alpa untuk sentiasa bersyukur..

Alhamdulillah,selesai sudah daurah bahasa arab yang dianjurkan yayasan islam kelantan kepada bakal-bakal pelajar Universiti Jordan sesi 2011. Dalam tempoh sebulan, kami diajar ilmu nahu dan sorof, didedahkan dengan suasana Bumi Urdun, dibiasakan lidah kami untuk berbahasa arab, dikerah telinga untuk mendengar ceramah-ceramah arab.. Penat.. Letih.. Tapi amat berbaloi.. Jazakumullah kpd semua tenaga pengajar yang sudi mencurahkan ilmu kepada kami.

Meneliti dan menghayati perjalanan kursus ini, terasa betapa besar amanah yang bakal dipikul dan digalas nanti. Betapa besar harapan insan-insan yang menanti kepulangan kami nanti agar dapat memimpin ummah dengan cahaya agama berasaskan iman dan ilmu. Moga kami dipilih ALLAH  daripada puluhan ribu remaja didunia untuk berada di Sofwatul Mukhtarah (golongan terpilih) untuk memimpin dunia suatu hari nanti. Insyallah.

"Assyababul yaum, wa Rijal ghadan", antara tajuk petikan kelas maharat qiraah (kemahiran membaca). Saat tangan memegang kertas, hati terus berbicara sendiri "mampukah aku lahir sebagai RIJAL kepada ummah???" Mengenangkan nasib sahabat2 remaja yang lain, hati mudah terusik. Kaum adam lupa tanggungjawab mereka. Sering mencari hiburan lain untuk memuaskan nafsu. Kaum hawa lupa untuk menjaga maruah. Hilang sifat malu yang menjadi mahkotah tertinggi muslimah. Jauhnya golongan kami dari ajaran Islam yang sebenar. Angkara siapa semua ini terjadi??? Satu persoalan yang punya pelbagai jawapan.

Sahabat Syabab dan Syabbat sekalian,

Ketahuilah,sesungguhnya perjalanan kita masih terlalu jauh. Punya misi dan visi yang mesti dicapai. Punya matlamat dan tujuan yang mesti digapai. Kehidupan bukan saat untuk berhibur. Dunia bukan medan melempiaskan nafsu. Tetapi kehidupan adalah perjalanan untuk mencapai redhaNYA dan dunialah medan untuk meraihnya. Gunakan usia remaja ini untuk beribadat padaNYA. Manfaatkan tenaga yang ada untuk berjuang dijalanNYA. Kerahkan minda dan fikiran untuk agamaNYA.

Saya bercakap, kerna saya juga remaja. Sama seperti kalian. Punya kehendak yang hampir tiada beza dengan kalian. Cuma mungkin cara kita diasuh,dididik dan ditarbiyah berbeza. Namun,jangan kerana itu kita jadikan ia sebagai alasan untuk tidak berubah. Kita punya hati. Dan fitrah hati adalah suci. Jangan sekali kita keraskan hati menolak kebaikan. Kembalikan hati kita kepada PEMILIK hati.

Ayuh sahabat,kita berubah untuk agama dalam meraih redhaNYA!!!

Dipenghujung program, hati tersentak dengan teguran seorang sahabat, ditujukan kepada kami ( bakal musafirin ) " sahabat, kita pelajar agama, bakal menyambung juga dibidang agama, usuluddin, syariah, usul fiqh dan lain2.. Tapi adakah AKHLAK kita SEPADAN dengan ilmu yang bakal kita pelajari. "

Astagfirullah. Benar-benar tertusuk ke dalam jiwa. Andai akhlak tidak dijaga, hati punah entah ke mana, masakan nur ilmu bisa menyelinap ke hati. Mustahil.

Imam Malik bin Anas berkata :

"Yang bernama ilmu itu bukanlah kepandaian atau banyak meriwayatkan (sesuatu), melainkan hanyalah Nur yang diturunkan Allah ke dalam hati manusia. Adapun bergunanya ilmu itu adalah untuk mendekatkan manusia kepada Allah dan menjauhkannya dari kesombongan diri."

Mari bersama Sahabat sekalian,

Kita perbaiki akhlak, pertingkat ilmu, perkukuh iman agar maruah diri,keluarga,masyarakat,negara dan agama terpelihara dari dicemari oleh tangan-tangan yang kotor dan sentiasa memusuhi kita pewaris para ulama, penyambung tugas para nabi dan penegak kalam ILAHI dimuka bumi.



salam MUJAHADAH dari insan yang serba kekurangan...

Comments

Faqihfidin said…
Salam.......
Mufid2 jiddan ladayya...
Jazakillah...
Semoga samer2 imtiaz dlm bidng masing2...:)
afiqah said…
wassalam..
alhamdulillah..
la syukran a'la wajib..
insyallah,kita manfaatkan bersama..
salam juang..

~arju ilALLAH..~

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...