Skip to main content

Raikan fitrah

بسم الله الرحمن الرحيم 
صلوا على النبي 

Mungkin ada yang tertanya kenapa tajuk ini yang dipilih. Seakan tidak sesuai untuk insan seusia saya menulis tajuk yang sebesar ini. Apa pun, semoga perkongsian yang bakal dikongsikan dapat dihadam bersama.

Saya sering diajukan soalan tentang cinta, soal jodoh dan pertemuan. Sejujurnya, saya bukanlah insan yang layak untuk memberi respon, hanya mampu berkongsi pengalaman diri dan hasil pengalaman insan-insan sekeliling yang telah banyak mengajar saya erti kehidupan. Insyallah.

Cinta adalah suatu fitrah kurnia Allah kepada seluruh makhluk. Dengan cinta, ada manusia yang mampu mengecap kemanisan hidup. Namun, tidak kurang juga ada yang merana kerana cinta. Hakikatnya, kebahagiaan dan derita yang ditanggung bukan kerana cinta, tetapi ia adalah kesan bagaimana kita meraikan cinta.

Cinta Utama, adalah Cinta Ilahi .. 

Cinta itu suci, bersih dan tiada noda. Ia suatu perasaan yang sangat mendamaikan. Apabila ia hadir dijiwa, usah disekat dan dibuang. Kawal ia dengan panduan syara' dan raikan sebaiknya. Letakkan ia pada tempat yang betul. Berikan ruang untuk ia tumbuh mekar. Agar nanti, ia bisa menyebarkan haruman yang mewangi.

Kerana cinta itu suatu yang amat abstrak, maka adillah dalam menilainya. Ia wujud tanpa perlu dipaksa atau diundang. Hadirnya ia tak kira waktu, hari dan ketika. Bila-bila masa sahaja cinta itu akan menumbuh. Persoalannya, bagaimana kita berusaha menjaga kesuciannya dari dinodai ? Adakah dengan memenuhi kehendak nafsu ? atau menjadikan ia peluang untuk mendekati Pemilik Cinta ?

Kembali ke alam realiti, berapa ramai yang betul-betul telah menjadikan kurniaan kehadiran cinta itu sebagai wasilah untuk lebih mendekati Sang Pemilik Cinta? Tepuk dada, tanya iman. Biarkan suara hati itu berbicara.

Kebanyakan dari kita, bukan meraikan cinta tetapi telah memanjakan cinta sehinggakan saat nafsu meminta untuk dipenuhi hasrat yang melanggari syara' juga kita masih sanggup melakukannya. Adakah ini dinamakan cinta ? Tidak. Sama sekali tidak. Cinta sesekali tidak akan memaksa manusia untuk melanggari syara' kerana cinta itu suci. Datangnya dari Yang Maha Suci, maka mustahillah cinta itu kotor.

Untuk mendapatkan cinta suci, mohonlah perlindunganNYA. Kejar cintaNYA sedaya mungkin, kerana cinta Allah itu lebih utama. Iringi cinta kepada Allah bersama cinta untuk makhluk, kerana firman Allah,


'Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' 
(3:31)

Oleh itu, didiklah hati dan asuhlah jiwa untuk sentiasa meraikan cinta mengikut cara dan panduan yang betul. Allah tidak zalim dan tidak akan menzalimi. Setiap yang berlaku pasti ada 'buku panduan' yang perlu dirujuk agar tidak tersalah atau tersesat. Demikian juga cinta, ia perlu dipandu agar cinta yang ditanggung tidak memudharatkan bahkan menjadi asbab kita mendapatkan cintaNYA.

Buat sahabat-sahabat remaja sekalian, seandainya hadir rasa cinta dalam hati kalian, usah dipaksa untuk menepis atau membuangnya jauh-jauh. Tetapi, raikan rasa itu. Bangkitlah di sepertiga malam, adukan pada Tuhanmu, khabarkan akan rasamu. Dia Maha Mengerti. Yakinlah, kau tidak akan ketemu kekecewaan lantaran aduanmu itu. Usah dicari keseronokan dunia, usah terdorong dengan godaan syaitan dan jangan diikutkan kata nafsu. Kelak dikau kan merana.

" Kalau cinta, pimpinlah semua kecintaan itu menuju cinta dan redha Sang Ilahi. Bukan mengheret ia menuju gerbang api neraka. "

Comments

Sakura said…
ape yg ehem2 tu awak ??!! ^^
segan la, org hebat lawat blog kite .

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be