Skip to main content

2 Nikmat Yang Manusia Selalu Lupa.

Bismillah.

Nak kabo nie. Hari nie aku exam tapi si Afiqah nie tak pergi exam sebab sakit dia datang balik. Yeay.! haha. Ape lah. Rasa loser sangat. Tak tahu nak cerita suara hati nie kat sapa. Meronta-ronta (over gila ayat) hati nie nak bagitau satu dunia yang aku taknak jadi macam nie. Taknak.! Nak life macam orang lain. Boleh pergi kelas dengan bahagia even dah lambat. Nak berkejar kejar masuk kelas sebab dah 5minit kelas start. Heaven.! Ceh ceh. Bajet sangat la kan. Padahal kalau time sihat pun memang tu rutin lah.

Once bila kita diuji dengan kesihatan nie, mula la rasa down dia tu masyallah. Padahal time sihat, lupa saat/detik/ketika/masa derita time sakit tu. Memang tak bersyukur betul manusia nie.

Selalu time sakit nie teringat hadis Nabi mafhumnya, "Dua perkara yang selalu manusia abaikan, waktu lapang dan kesihatan." Afiqah tengah malas nak search rujukan hadis nie, for sure hadis shohih. Kalau hadis nie orang jumpa tak shohih atau maudhu3, sila emailkan ke email berikut abidillahi@yahoo.com k.

Sebelum aku tetiba macam semangat nak menaip nie tadi, sempat borak dengan housemate merangkap soulmate merangkap geng merapu merangkap manusia yang sekepala merangkap sahabat dunia akhirat, (insyallah, insyallah, insyallah, Allah please take care of her). Mulut laju je nak cakap benda negatif tadi, "Sayyidah, mende je lah saya boleh buat dengan terbaring macam nie atas katil nie. Macam takde kehidupan langsung. Tak jumpa orang. Tak keluar rumah." Tetiba dia cool je jawab sambil bajet bajet sikit "Fiq, sapa kata duduk atas katil tak boleh nak berjuang untuk agama. Sapa kata tidur tu tak dapat pahala. Dengan syarat Fiq yang cuba naikkan semangat Fiq sendiri. Sayyidah percaya, Fiq boleh."

Waaa... Nangis dalam hati sorang sorang. Lepas dia cakap, aku tetap dengan degil aku. Balas balik apa dia cakap tu dengan seribu alasan yang aku reka dan cuba selindungkan rasa hati. Haha. Jahat sangat Afiqah. Orang dah baik nak pujuk, kau degil jugak.

Then, tak lama bila dah main borak borak dengan Sayyidah tu, aku pun dengan muka yang tersipu sipu minta Sayyidah ambikkan lappy kat dalam bilik dan on kan terus lappy usang nie.

Sayyidah cakap lagi, "Fiq, kita dah tengok kan cerita One Litre Of Tears tu. Fiq pun tengok macam mana dia berjuang untuk kehidupan dia. Cerita tu bukan sesaja dia buat. Dia buat untuk orang lain belajar dan bersemangat untuk hidup."

Deep.!!

Sebab aku nie selalu mengeluh. Mengeluh sakit. Rasa manusia tak berguna. Kadang2 rasa diri gila pun ada, Sebab macam entah la. Tak tahu nak tafsirkan rasa nie.

Why aku bercerita kat blog.? Sebab aku rasa sini lagi senang untuk aku meluah rasa then FB, twitter ataupun insta. Kat sana manusia senang sangat nak judge orang lain dengan sesuka hati tanpa perasaan. Kat sini, aku still boleh jadi diri aku sendiri. Kalau korang menyampah baca, off terus tab blog aku nie. Tapi, kalau orang rasa ade la benda yang korang boleh ambik seposen dua, ambik la. Aku just kongsi apa yang aku lalui dan rasa, Tu je. Tak lebih pun. Kurang tu for sure la ade.

Bila jadi macam nie, aku mula la bermonolog dalam hati. "why me.?" "Allah tak sayang aku lagi ke.?" "Allah pandang tak aku sebenarnya.?"


Serabut sebenarnya bila diterjah dengan soalan yang macam tu. Rasa macam nak mati pun ada. Tapi aku tahu, tak boleh. Tak boleh means aku tetap kena lalui kehidupan nie sampai satu masa Allah cakap, "Dah tiba masa kau kembali kepada aku." Okay. Scary.

Haa. Hidup taknak. Mati, scary. Mende la fiqah nie. :3

Scary sebab bila aku fikir amal ibadah aku yang hanya tidur je memanjang kat dunia nie, mende je yang aku boleh tunjukkan kat depan Allah. Takde pape. Speechless sangat.

Okay. Kering idea dah nak karang ayat apa. Ikut hati nak luah, memang banyak. Tak terkira. Sejauh Duwar Naseem ke Syamali kot kalau nk karang ayat atas kertas lah. Haha. Tapi, tak mampu. And tak semua benda kita boleh luahkan kan.

Btw, sekarang kat Irbid dah malam sangat. Actually, bukan malam. dah pagi. Lagi beberapa jam je nak Subuh. Have to go. Bye semua orang.

Da.!!

-AfiqahRozalie
-DuwarNaseem, Irbid
-24/11/2014
-2.25a.m


Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...