Skip to main content

Susahnya lah nak lawan nafsu.!!

Bismillah.

Saat tangan menarikan jari jemari diatas papan kekunci nie, sebenarnya, baru beberapa helai menelaah kitab Takhrij Hadis yang nak exam hari Ahad nie. Masyallah. Tak tahu la kenapa susah sangat nak fokus.

Susahnya nak mujahadah melawan nafsu gadget. Haha. Kejap nak main candy crush. Kejap teringat nak tengok fb. Kejap rasa nak usha twitter. Banyak sangat kejapnya.

The point is, susahnya lah nak lawan nafsu.

Sapa kata senang, you get my respect lah.!! hehe. Nak menuntut jadi anak murid please. Sila pm. Segera.! Bantuin aku. Nak try cuba the tips biar jadi solehah sikit. Biar rajin sikit study dan beribadah.

Haa. Sambil menaip nie, sambil jeling-jeling kitab. Maklumlah, orang tak habis study tapi gatal tangan nak update blog.

Back to our topic, mujahadah melawan nafsu.

Kebanyakan orang hanya rasa mujahadah tu just orang yang pergi Gaza, Palestin, Syria sambil pegang pistol, senapang lawan munafik dan para kafireen. Tak kata tafsiran tu salah, betul. Malah siapa yang bermujahadah mengangkat senjata tu, lebih mulia disisi Allah. Dapat masuk syurga tanpa hisab jika dah terlangsai hutang dgn manusia. Seronoknya lah.

Tapi, jangan risau bagi yang tak mampu jadi mujahid/mujahidah yang mengangkat senjata tu. You still have a change that you can grab it by yourself. Just antara sedar atau tak. Same like me lah. Nak exam lusa, still boleh nak update blog. Nie namanya kalah dimedan keyboard. Haha.

Mujahadah.!!!

Senang je lidah nak sebut. Tapi, nak buat tu macam kena usaha sehabis daya. Macam kalau tetiba kan, rasa malas sangat. Malas yang masyallahhhhhh sangatttt laaaa malassss tu. You feel me right.? hehe. Tetiba you try to fight it with all your usaha dan tenaga sampai rasa nak menjerit "Hoi syaiton yang kacau buat aku malas, pergilah sana. Aku taknak kawan dengan kau lah.!!! Pergi.!!!!"

And once you dah cuba dan berjaya, nikmat dia masyallah.. Rasa macam nak menangis. Rasa menang sangat. Menang dengan nafsu sendiri. Try lah.

Even you still rasa susah. Owh, sebelum tu lupa nak pesan. Make you mind feel fresh and positive dulu k. Masa nak lawan tu, try tarik nafas dalam dalam. Then, say to yourself, like "Fiqah, kau kena lawan. Kau kena kuat. Kau tetap kena lawan dengan diri sendiri. Kau kena menang. Jangan mengalah." Same like macam tu lah. Then, ingat Allah ada dan akan bantu kita. The first things is, yakin Allah ada. Allah lagi kuat dari nafsu yang memujuk kita untuk stay duduk dalam hirom (toto tebal untuk musim sejuk) yang maha nikmat tu time2 subuh pepagi yang sejuk masyallah macam dalam aircond tu.

So, macam sekarang nie lah. Rasanya aku pun kena cakap at diri sendiri, "Fiqah, udah udah la tu mengadap laptop. Kau exam lusa. Dah la esok ada grand dinner. Bila masa nak study kalau dari tadi mengadap benda alah nie Fiqah."

Okay. Okay. Nak pergi dah. Bye.!!!

Do pray for me ya.!! Nak exeng nie. Debor sebab berzaman tak pergi kelas, tak faham belajor mende dok nie. (tak payah tanya kenapa tapi jangan suuzhon. Dosa. haha)

Da.!!
- Afiqah Rozalie
- Duwar Naseem, Irbid
-21/11/2014



Comments

dina said…
Assalamualaikum akak :D Thanks sbb sudi guna template tak seberapa ni ye .
Time menang lwn nafsu tu best . Tpi time kalah rase takde life T_T sadisss .
Sakura said…
Waalaikumsalam awak.. Most welcome. Thanks jugak untuk template yg cute nie. :)
Kann. I feel you. But, itu lah dunia. Tak selalu menang. Moga terus kuat nak melawan. ;)

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be