Skip to main content

Hakak skip kelas hari nie. Hmm

Bismillah..

Hai blog. Lamakan tak potpet kat sini. Harinie baru sempat sikit nak jenguk awak. Nie pun sebab skip kelas. Haha. Adalah contoh yang sangat tak baik yer adik-adik, mohon sangat jangan tiru. Heee

Actually, aku tak niat pun nak ponteng kelas hari nie. Tapi, otak betul-betul tak boleh nak berfungsi dengan baik. Rasa rimas sangat. Pernah rasa tak.? Tapi kali nie aku rasa yang sangat sangat rimas. Rasa nak stop je semua nie. T.T Tak larat.

Rasa susah sangat belajar. Nak kata tak faham semua tu tipu lah, Kat Jordan dulu, lagi teruk tahap kefahaman aku kan, Tapi, entah. Maybe sebab target aku tersangat lah tinggi sem nie tapi usaha seciput. Dah tahu usaha seciput, sepatutnya usaha lah kan, Tapi aku.? Tak. Aku tak cuba untuk usaha lebih. Malas sangat sangat. Sampai tahap aku pelik kenapa aku malas sampai tahap macam nie. Sakit perasaan nie sebenarnya.

Aku try buat macam-macam untuk tak rasa malas nie, sampai tahap aku sedar i need someone to help me. Just like Sayyidah selalu buat. Okay. I miss it. Really really miss it. Tapi... Sampai bila aku kena bergantung pada manusia kan.? By hook or by crook, aku kena berdikari. Kena pandai bawak diri, kena usaha sendiri. Nak berjaya, aku kena usaha. Kena lawan. Tapi.... Aku tak kuat. Sumpah.!

Kalau ikut hati nakal aku nie, nak je pergi ambik surat berhenti senyap-senyap. Tapi untuk keberapa kali aku akan kecewakan umi abi.? So, aku cancel. Tak sanggup. Tak sampai hati.

So, how.? Ada any suggestion tak.?

"Lawan lah malas tu.!"
"Usahalah lebih sikit. Jangan malas-malas.!"
"Dulu time kat Jordan merungut sakit. Sekarang dah okay, malas pulak."
"Taknak belajar, tak payah. Kawen je senang." (Kalau kawen tu senang, lama dah aku tukar status jadi puan tau *jeling*)

Aku tahu dah jawapan cliche nie. Tapi, entah lah.

Atau semua nie sebab aku terabaikan hak Tuhan aku.? Soal nie aku tak boleh pertikai. Yelah. Solat aku pun antara wujud dengan tak je hati nie. Antara nak tunaikan kewajipan semata atau sebagai penguat dan nikmat bertemu Tuhan.

Aaaaa. Aku tak tahu. Penat lah hidup. T.T

Nak berhenti belajar. Can ah... Jeles tau tengok orang2 yang sebaya atau tua setahun dua yang dah ada bisnes sendiri, ada duit sendiri. Tak payah susahkan sesapa. Buat sendiri je semua. Aku dengan umur 23tahun nie, semua umi abi tanggung lagi. Duit takde, kerja pun setakat nie tak mampu nak kerja berat-berat takut terganggu study. Yang lagi sedih, husband pun takde hahahaha. Nie mengarut namanya.

Tapi serious talk nie, bila umur dah mencecah 23tahun nie, makin banyak benda yang kena fikir. Tak boleh main suka hati. Tak boleh main redah je. Semua tindak tanduk kena fikir baik buruk. Kalau zaman kecik-kecik dulu boleh la buat suka hati tak payah fikir sapa-sapa. Tapi dah besar nie komitmen jadi lain.

Hmm. Dah lah. Doakan aku okay. Takde mood nak tulis panjang-panjang. Kalau ikutkan hati, nak je luahkan semua benda kat sini, dari sekecik-kecik benda sampai la benda paling besar yang ganggu fikiran nie sebenarnya. Tapi dari meroyan kat sini dan kena hadap segala judgemental orang terhadap diri nie, baik aku simpan baik-baik dalam hati. Paling tak boleh, aku tidur seharian. Hahaha. Aiyo.

Korang,,, tolong doakan yang baik-baik untuk aku yer. Minta sangat sangat nie. Even tak kenal pun, tolong doakan jugak hahaa kena paksa. korang anggap la dengan doa tu korang tengah bersedekah. Sedekah doa, insyallah, diterima Allah.

Semenjak dua nie aku selalu sakit kepala yang teruk, bila cari2 balik baru perasan, sebab otak terbeban dengan macam-macam benda yg aku fikir. Pasal study, pasal umi abi, pasal duit pasal personal life yang tak tahu bila dpt disettlekan :(

Okay. Stop. Bye.

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...