Skip to main content

Nafkah

Bismillah

Hai. Aku tak niat nak membebel panjang. Just nak share what I got from my lect yesterday.

Sem nie aku ambik 6subject. Salah satu subject tu, subject Aqidah. Mula2, aku assume yang kelas nie will be bored dek kerana aku nampak Ustazah is very polite. Haha. Aku bajet nanti aku mudah la ngantuk. Tapi,, sama sekali tidak.  Aku bersemangat kot nak pergi kelas. Sebab ustazah cakap arab fushah plus, aku faham. Bab aqidah pulak tu kan. So, kena dengan jiwa.

Okay. Stop.

Apa yang aku nak kita sama-sama muhasabah, tenung renung sikit diri is pasal nafkah. Aku tahu korang mesti tertanya apa kaitan tajuk entry nie dengan lect yang aku dok potpet kat atas kan.? Ada. Ada. Sabar la. Aku nak cerita nie. Slow slow k.

Hiks.

Start dari awal kelas, ustazah sangat suka mengajar dengan kasih sayang. So, start dari awal kelas hari tu ustazah suka pesan pasal nafkah nie. Seingat aku, bab nie memang tak pernah ustazah miss untuk sebut dalam kelas tiap kali kelas. TIAP kali kelas okay. Bukan selang seli. Even cerita tu cerita yang sama, tapi still menjentik-jentik hati aku. Cewwwah. :3

Ustazah cerita, zaman sekarang nie banyak berlaku penceraian dalam kalangan masyarakat kita berpunca dari nafkah. Bila start dengan nafkah, kemudian merebak kepada masalah yang lebih besar.

*Aku kalau dah masuk bab serious, terus ayat nak skema aje. Haha. Sorry korang.*

Sambung...

Pernah seorang perempuan datang dekat ustazah tapi time tu dia dah bercerai. Dia tanya pendapat ustazah macam mana. More to want to share with ustazah lah. Dia cerita yang dia menafkahi suami dia. And respond ustazah, "Awak yang salah dalam hal nie." Ofkos lah perempuan tu terkejut kan. Selalunya, orang mesti kutuk lelaki tu bila tahu isteri yang bagi nafkah dekat dia kan, tapi ustazah tak. Ustazah lagi menyalahkan dia.

Then ustazah explain, kenapa dia salahkan perempuan tu is sebab kenapa perempuan tu dengan rela hati nak menafkahi suami dia sedangkan suami mampu dan hukum menafkahi isteri adalah kewajipan seorang suami. Macam hukum solat. Solat wajib kan untuk semua muslim.? So, sama dengan menafkahi isteri. Wajib.

Ustazah pesan, kalau boleh pilihlah pasangan yang betul2 baik dan bertanggungjawab. Jangan nanti nak kawen kemudian bercerai dengan sebab bergaduh pasal nafkah nie.

Pada pandangan aku pulak (bagi chance sikit nak give some opinion ^^,), betul lah apa yang ustazah cakap tu. Suami bertanggungjawab menafkahi isteri terutama bab kewangan lah kan. Sebab tu memang tugas seorang suami, and sebagai isteri, kita (?) kena bantu husband tapi jangan berlebihan sampai suami rasa syok pulak makan minum guna duit kita. Lagi parah, bila suami hilang rasa tanggungjawab dalam diri dia.

Actually, aku dah jumpa beberapa pasangan yang bercerai atas sebab nafkah nie. Bayangkan dari awal kawen until now dah 12tahun, si isteri yang bayar sewa rumah, bayar bil api air, beli baju baby dan anak-anak. Sedangkan berapa lah sangat gaji isteri tu. Yang suami, dia just bayar kereta je. And guess what, dia tak benarkan langsung isteri dia guna kereta tu. Sebab konon2 dia yang bayar kereta tu. Dah tu yang kau duduk rumah tu tanpa bayar sewa semua, tak malu pulak -__- Benci pulak rasa. Hahaha. And now, they have been divorced. The end. Sedih kan.

Kawen atas dasar cinta yang membara didada, end up takdir Allah, bercerai.

I just can't imagine mana pergi duit gaji dia. Buat apa je dengan duit tu semua kalau makan pakai anak2 and isteri semua isteri tanggung.? Allah. Penat fikir.

Aku tahu semua tu takdir, tapi takdir yang kita lukis sendiri kesudahannya tak baik. Bayangkan kalau masing2 dah buat apa yang Allah suruh, jalankan tanggungjawab dengan baik, tapi bercerai jugak, tu orang cakap memang bukan jodoh la kan. Tapi, dalam situasi nie, awal2 lagi dah tunjuk perangai, buat benda bukan2, solat pun tak jaga, Allahu. Fikir-fikirlah banyak-banyak sikit. Jangan sebab kita, merana orang lain.

Tapi sebenarnya kan, pada aku lah, tak tahu betul ke idak tapi, kalau lah seseorang tu ada agama dalam diri dia, rasa dosa pahala, rasa Allah Maha Mengetahui, kes-kes macam nie takkan jadi. Once suami isteri tahu Allah tu Tuhan yang Esa, mesti dia akan buat apa yang Allah suka kan. Tahu dosa dan pahala. Aku takut sikit nak cakap pasal nie, sebab aku bukan orang yang terbaik yang sesuai untuk cakap bab dosa pahala semua nie. Tapi aku yakin, takde dalam hati kita semua teringin nak masuk neraka kan.? Nauzubillah.

So, gitu lah perkongsian yang aku nak share sikit. Hope enjoy-enjoy je lah baca nie. Tak payah nak sentap sangat kalau tak buat k. Kalau terbuat, jumpa isteri memasing minta maaf and berazam penuh tekad nak berubah jadi husband yang baik, Boleh.? Haa. Gitu.

Aku dah kena take a nap. Haha. Bye korang.

Macam biasa, kalau ada salah silap, minta ampun maaf dipinta yer. =D



Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be