Skip to main content

JaNGaN PeRNaH BiCaRa SoaL CiNTa aNDai DiRi BeLuM CiNTa PaDaNYa

Bismillah Ar-rahman Ar-rahim..Sollu a'lan Nabiy..



Rasa bersalah bila terus membiarkan "rumah" ini tanpa berpenghuni. Terus mencari sebuah idea untuk tatapan kalian,namun hanya mengundang keweca. Hati dan akal masih belum bisa disatukan untuk di"sinergi"kan. Terus mencari dan akhirnya nukilan ini ditemui. Ditulis oleh sahabat FILLAH yang sgt cedas mindanya, matang fikirannya dan luas pandangannya.. Moga-moga bermanfaat untuk kalian..


"Assalamua'laikum...ana mulakan dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM moga2 penulisan ini ada manfaat dan terlindung dari kejahatan yang mungkin terlintas, amiin. Andai penulisan ini salah dan kejam maafkan ana kerana ini salah ana tetapi andai ianya benar moga menjadi peringatan buat kita semua.


Memberontak hati ini melihat penuh di sana sini bicara soal cinta. Ya,,,,fikrah.. ana tahu dan cukup mengerti kerana ana juga manusia biasa tetapi sudah bosan diri ini menadah perkara ini. Berbolak-balik pada hal yang sama. Berulang-ulang cerita yang sama. Masih tiada nokhtah kerana empunya diri tidak mahu memberikannya nokhtah.

Tak kira muda atau tua sama sahaja. Lelaki atau perempuan sama sahaja.bicaranya masih lagi soal cinta. Sudah2laa. Mengaku sebagai khalifah Allah di bumi tetapi hal ummat tiada difikirkan solusi. Mengaku sebagai daie tetapi Allah diletak di tepi. Mengaku ummat nabi Muhammad S.A.W tetapi sunnah hanya dipandang sepi. Berkata itu dan ini. Mengaku ini dan itu, tindakan? Mengaku dan menyatakan menyayangi dan mencintai Allah tetapi tiada terzahir pada dirinya dari sudut tutur bicara, akhlak dan perbuatan serta pemikirannya.

Bicara soal cinta tetapi diri sendiri masih belum sedia dan belum cinta padaNya. Bagaimana ini bisa terjadi? Umpama mengambil exam tetapi tidak bersedia... Begitu juga tentang cinta, tidak bersedia tetapi sudah mengambilnya. Hampeh,,,bagi ana ini satu tindakan yang bodoh dan ana tidak tujukan pada sesiapa tetapi ana katakan pada diri ini juga dan buat semua yang mungkin masih lagi ada rasa.

Sudah dipesan dek Imam As-Syafie, "Jangan kamu sentuh seorang wanita walaupun hatinya.", justeru kenapa lakukan jua? Ahh,sama saja lelaki atau perempuan masing2 dibuai mimpi indah dek cinta yang entahkan ke mana.  

Jadi kepada sesiapa yang punya masalah cinta khabarkan pada ana biar ana cuba ubatkan kerana sudah letih ana lihat hal ini merebak seperti virus dalam generasi ana sendiri dan sekarang. Adik-adik di sekolah sudah pandai dari yang di universiti dalam hal yang entah apa2 ini. Entah apa yang melanda manusia kini. Masing-masing berbicara tentang hal yang remeh temeh sdangkan hal yang rumit dibiarkan tanpa jawapan. Hal yang remeh-temeh jika dibiarkan tanpa jawapan dan penyelesaian tidak mengapa kerana lama-lama ianya akan terjawab sendiri tetapi jika hal yang rumit dibiarkan tanpa jawapan dan penyelesaian itu umpama mencari nahas kerana ini membabitkan semua makhluk yang wujud.

Justeru, masih lagikah ingin terlena dalam perkara yang sedikitpun tidak berkesan padaNya? Usahlah kita memandai dalam perkara yang tidak perlu kita pandai lagi tentangnya melainkan penciptanya.

Ana tidak nafikan yang kita akan hadapi soal cinta ini. Umpama mengambil exam, kita sedia atau tidak terpaksa jua mengambilnya kerana ianya satu keperluan begitu juga soal cinta, sedia atau tidak kita terpaksa akan menghadapinya juga tetapi ini kisah lain yang mana ini percaturanNya jadi jangan nak sibuk-sibukkan diri berfikir terlalu mendalam sampai nak pecah otak.

Umpama profesor kat universiti bagi soalan senang je sebab nak uji tahap pemahaman kita terhadap pelajaran yang diajarnya, tapi yang kita fikir terlalu kompleks dan mendalam sampai tak boleh nak jawab tue apasal, jadilah soalan yang senang kepada soalan yang susah.

Nah, begini jualah Allah hanya bagi kita sipi jep bagi kita rasa permukaan soal cinta ini saja yang kita pergi fikir sampai nak pecah otak tue apa kehalnye? Padahal Allah nak uji nak tengok aje yang kita nie faham atau tak tentang hakikatNya tentang agamaNya. Sekarang salah siapa? Ana tak salahkan orang lain tapi ana salahkan jua diri ini yang masih bertatih walaupun usia dah lanjut. Sudah2laa ea berperangai seperti budak kecil.. dah besar dah pun lagi brape hari  cukup 18 tahun. Sedar diri skit!

Berbalik pada tajuk, ana cukup lantang dan berani sekarang untuk katakan pada mereka yang bertandang dengan soal cinta kepada ana dengan soalan, "ingin dicintai dan mencintai ea,,,emmm,,,diri sendiri tue sudah lakukan belum dengan tuan empunya diri yang mencipta hati kite tue?" Lantaklah anda ingin kata apa tapi saya tetap dengan pendirian saya. Banyak lagi hal ummat yang belum selesai tapi balik-balik soal cinta juga yang dibangkitkan.

Aduhai generasiku virus apa yang sudah melanda kita ini? Sudah2laa terbuai dek mimpi yang indah tapi hakikatnya Allah Yang Maha Agung mengetahuinya. Sekali lagi ana nak kata pada diri dan semua, "JANGAN PERNAH BICARA SOAL CINTA ANDAI DIRI BELUM CINTA PADANYA".

Ana tidak suka, cukup tidak suka dan teramat cukup tidak suka pada yang bicaranya tentang cinta tapi hakikat diri masih lagi entah ke mana. Cinta Ilahi masih lagi belum bertapak kukuh dalam hati tapi sudah bicara hal cinta pada yang lain.

Berubahlah, bicaralah dan fikirkan tentang soal Islam kini, ummat kini, Palestin kini, akhlak yang kian runtuh kini, tentang AlQuran, tentang ibadat, tentang ilmu agama dan tentang peranan syabab yang kian hilang. Skali lagi dan skali lagi ana pesan buat semua dan juga diri ini, selagi mana belum mengenali sedalam-dalamnya tentang Allah dan rasulNya, selagi mana cinta Allah belum dicapai selagi itulah jangan pernah terlintas untuk bicara soal cinta.


Andai terkasar bahasa tercuit rasa, harap jangan disimpan dalm hati. Andai penulisan ini salah maka betulkan ana.  Setiap yang baik itu datang dari Allah dan akan kembali padaNya jua. Setiap yang buruk itu datang dari diri ana sendiri. Waallahu'alam. Sekian, terima kasih. Assalamua'laikum."


Comments

Anonymous said…
assalamualaikum saudari..
sy sokong pendapat dari penulisan saudari...
terima kasih...
Sakura said…
waalaikumsalam..
sya bukan penulis sebenar, nukilan dari sahabat sya..
alhmdulillah, manfaatkan bersama.. ^^
Anonymous said…
Assalamualaikum ukti,

lingkaran kejahilan yang seakan2 telah mendarah daging dalam hidup manusia kini telah mencalar norma masyarakat kita. Pemikiran kita terjajah dengan unsur negatif sehinggakan kita alpa dan lupa bahawa akhirat itu pasti,anggota badan kita menjadi saksi,apa amalan yang kita implementasi,berteraskan duniawi atau ukhrawi. Kita sudah menghampiri fasa di mana kita mengalami zaman transformasi yang meminggirkan elemen islam yang syumul lagi suci.Kita sudah lupa diri kita yang sebenarnya. Tujuan asal dan fitrah kita sebagai khalifah di muka bumi.Kita semakin jauh dari Allah. Kita semakin jauh dari pembentukan akhlak sakinah dan mahmudah.Hati kita gelap dengan nista dunia kemaksiatan. Nur di wajah kita semakin pudar dan malap.Tanda-tanda akhir zaman semakin mencengkam kita. Maksiat semakin bermaharajalela,saudara kita hanyut dibuai fantasi yang melalaikan dan mengundang dosa.Apalah nasib kita?
Anonymous said…
Assalamualaikum ukti,

lingkaran kejahilan yang seakan2 telah mendarah daging dalam hidup manusia kini telah mencalar norma masyarakat kita. Pemikiran kita terjajah dengan unsur negatif sehinggakan kita alpa dan lupa bahawa akhirat itu pasti,anggota badan kita menjadi saksi,apa amalan yang kita implementasi,berteraskan duniawi atau ukhrawi. Kita sudah menghampiri fasa di mana kita mengalami zaman transformasi yang meminggirkan elemen islam yang syumul lagi suci.Kita sudah lupa diri kita yang sebenarnya. Tujuan asal dan fitrah kita sebagai khalifah di muka bumi.Kita semakin jauh dari Allah. Kita semakin jauh dari pembentukan akhlak sakinah dan mahmudah.Hati kita gelap dengan nista dunia kemaksiatan. Nur di wajah kita semakin pudar dan malap.Tanda-tanda akhir zaman semakin mencengkam kita. Maksiat semakin bermaharajalela,saudara kita hanyut dibuai fantasi yang melalaikan dan mengundang dosa.Apalah nasib kita?
Anonymous said…
Assalamualaikum ukti,

lingkaran kejahilan yang seakan2 telah mendarah daging dalam hidup manusia kini telah mencalar norma masyarakat kita. Pemikiran kita terjajah dengan unsur negatif sehinggakan kita alpa dan lupa bahawa akhirat itu pasti,anggota badan kita menjadi saksi,apa amalan yang kita implementasi,berteraskan duniawi atau ukhrawi. Kita sudah menghampiri fasa di mana kita mengalami zaman transformasi yang meminggirkan elemen islam yang syumul lagi suci.Kita sudah lupa diri kita yang sebenarnya. Tujuan asal dan fitrah kita sebagai khalifah di muka bumi.Kita semakin jauh dari Allah. Kita semakin jauh dari pembentukan akhlak sakinah dan mahmudah.Hati kita gelap dengan nista dunia kemaksiatan. Nur di wajah kita semakin pudar dan malap.Tanda-tanda akhir zaman semakin mencengkam kita. Maksiat semakin bermaharajalela,saudara kita hanyut dibuai fantasi yang melalaikan dan mengundang dosa.Apalah nasib kita?
afiqah rozalie said…
Waalaikumsalam..

Terima kasih untuk respon saudara/ri. Ya, saya akui, kita kini makin jauh dengan ajaran Islam yang sebenar. Kita dijajah oleh pemikiran yang jahil dan unsur negatif. Namun, itu bukanlah suatu alasan untuk kita terus berada pada keadaan yang sama . Menyerahkan nasib dan keadaan terus berlalu dimakan zaman. Kerana itu, tugas kita untuk bangkit dan cuma menyelami ajaran Islam yang sbenar dengan kefahaman yang baik. Andai terasa jauh, mengapa dibiarkan terus jauh. Dekatkan,rapatkan dan tanamkan dijiwa. Agar Islam terus tertegak. Dan nasib kita bukan berada didlm genggaman masa, tetapi ia terikat kemas dalan genggaman kita. Andai dicorak kehidupan kita dengan acuan Islam, maka usah digusarkan pada ketentuan yang telah ditetapkan Allah untuk kita. Usah takut untuk berada dijalan Allah andai kita yakin kita berada pd landasan yang benar.

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be