Skip to main content

Posts

I'm UIAMs student

Bismillah.. Hai.!! Assalamualaikum.. I'm so excited because everything was settle. Alhamdulillah. I'm officially as student UIA, Gombak now. Not 'penganggur' anymore. Yeah.! It's sound great yet.?! Hahaha. 25 Ogos 2015, 9.30 a.m Aku sampai UIA. Mula agak gelabah sebab macam tak tahu C.A.C tu kat mana which is tempat pendaftaran. Nasib tak pusing jauh sempat mata melilau tengok nama bangunan. Sebelum turun, time dalam kereta tetiba aku menggigil. Perasaan dia kalah time nak terbang ke Jordan dulu. Cakap dekat umi, "Umi, kakak rasa nak menggigil. Semua perasaan ada. ( Habis semua istilah nak buang air keluar) Heee." Respon umi, "Jangan nak mengada. Turun cepat." Haha. Nak taknak terpaksa turun. Tapi memang kena turun kan. Takkan nak duduk je dalam kereta. Heh. Then masa nak daftar tu, yang sambut aku sorang senior nie. And of course la foreigner. Part nie ramai yang tanya, kenapa join foreigner. Okay, let me explain. Disebabkan aku appl...

Terinspirasi dengan Fatin Liyana

Bismillah.. Hai ciksakuraaa.. After watching youtube of Fatin Liyana, aku terinspirasi nak terus menulis. I mean, lebih kerap menulis. Actually, aku dah menulis since form3 kot. Tak ingat. Tapi, lama dah. Berapa banyak link bloh dah yang aku tukar. Masalah utama adalah bila hilang confident diri, maka aku taknak orang kenal aku. Bila ada je orang tahu blog aku, nak2 orang2 yang rapat, aku pun mula la tukar link. Taknak orang jumpa. Pada aku, biar lah aku menulis dengan bebas. Fatin Liyana pesan, avoid diri menulis dalam keadaan marah. Benda nie memang aku sangat jaga. Kalau dekat blog lah, dekat twitter selalu je mengarut. Hehe. Tapi still keterbatasan tu aku jaga. Mengarut, then delete. Sebab bila kita menulis dalam keadaan marah, kita sebolehnya nak zahirkan kemarahan, bimbang time menulis tu kita menulis dengan emo yang level mencecah langit, memang segala macam lah boleh terkeluar. Right.? So, keep calm. Cool down. Banyakkan menulis time gembira, nie pesan FL. Aku pulak, time ...

Tahajjud Kasih

Bismillah.. Alhamdulillah for the wonderful day today. Haha. Tak habis senyum. Normal bagi manusia la kan. Bila kita dapat apa yang kita nak, kemain bahagia macam nak bagitau satu dunia. Apapun yang datang, syukur selalu. Biar la ujian ke apa, perkara utama syukur dulu. Sebab kadang2, dlm ujian kita tu tersimpan seribu hikmah yang kita tak tahu. Hamdalah sentiasa. Okay, act nak cerita. Beberapa hari lepas, aku decide untuk melangkah ke step seterusnya. Step apa, melagkah apa, jangan tanya. Tak penting pun masa nie. Hehe. Sebenarnya hati antara dua, fikir nak ke tak. Sebab jauh disudut hati, ada rasa takut, berdebar. Tapi, kuatkan jugak hati nie. Dengan bismillah, aku 'mendaki'. Dalam beberapa hari jugak tunggu keputusan. Tiap hari tak keruan. Tapi still buat buat cool. Macam takde apa2 yang jadi. Tiap hari jugak baca jampi serapah. Haha. Tapi takde la jampi pelik2 pun. Orang baca selawat je lah. Masuk hari keempat, serious dah mengalah. Time tu rasa, takpe lah. Belum t...

Counting Days

Bismillah... Act, banyakkk sangattt cerita nak tulis. Almost tiap hari kot nak post entry baru, tapi kan disebabkan mak jemah nie pelupa, maka selalu idea hilang begitu saja sebab tak sempat nak tulis. Yela, takkan nak bawak laptop dlm LRT. Nak upload by phone, kenapa ntah tak boleh install bloggger.com dlm tu. Okay. Sapa nak hadiahkan IPad.? Sila pm. Hehe Btw, dah seminggu raya. Dah seminggu Ramadhan tinggalkan kita. How your day.? How about iman.? Simple question buat there something hard feeling right. Bagi aku lah. Muqaddimah Syawal aku tak sebahagia selalu. Pepagi dah sakit kepala. Memang tak lah nak join orang beraya sakan even hati nak sangatt jalan jalan. Second day pun sama. Duduk rumah wan, terperap macam ayam. Tapi aku takde la meroyan sangat. Okay je still raya best sebab banyak spend time dgn pakcik makcik. Duduk dapur, kemas rumah. Dapat la korek rahsia sepupu sepapat. Bukan selalu kan. Dah besar2 nie tak fikir mana nak collect duit raya, cukup dpt duduk dgn sedara...

TAQWA

Bismillah.. Pernah tak rasa macam dalam dunia nie takda sapa pun yang faham kita.? Even mak ayah. Aku selalu je rasa macam tu. Kadang2 rasa umi abi terlalu memahami, tapi kadang2 tak. Biasa la manusia. Bila tak kena dengan jiwa, dia cakap lah 'tak'. kalau kena dengan selera, laju je 'ya' tu. Normal. Sebenarnya hari tu macam terasa hati sangat sangat dengan abi. Dah hampir 4bulan aku kat Malaysia, back for good, abi still sebut benda yang sama. "Orang lain dah grad, kakak baru nak start belajar." "orang lain dah habis, kakak tak masuk daftar pun lagi." "Tak menyesal ke tinggalkan Jordan.?" "Ada orang tu belajar tak habis." Wallahi. It's hurting me. Really hurt. Pedih sangat rasanya. Macam tersiat-siat hati nie. Sedih. Ahh, bercampur. Tak tahu nak cerita macam mana. Tiap kali scene nie berlaku, aku akan berpura-pura senyum atau aku cubit abi. Haha. Sebab dah tak tahu nak buat apa. Ikut hati, memang nak menangis lah kan....

Mencari Diri

Bismillah... Rasa macam baru je masuk ramadhan, tiba2 dah sampai 10malam terakhir. Allahu. Cepat sangat masa nie. Rasa macam banyak lagi tak minta dengan Allah. Ibadah pun tak seberapa sangat. Kenapa ntah jadi malas sangat nie. T.T Bila sebut pasal Syurga, hati macam sebak. Yela, semua orang nak masuk Syurga. Takde orang pun yang jawab taknak Syurga. Tapi, tahu diri tak layak. Amalan kurang, dah la kurang, masa buat pun malas. Solat hanya sekadar solat. Bukan sebenar2 solat. Solat tu hanya sebagai nak lunaskan tanggungjawab kepada Allah. Tak rasa mcm tu salah satu jalan untuk menghubungkan diri dengan Tuhan. Lemahnya iman Ya Allah, Tadi lepas solat terawikh, tiba2 rasa sebak. Termuhasabah. Rasa macam dah terlalu banyak bergantung pada manusia. Dah terlalu banyak sibukkan diri dengan pandangan manusia. Macam terlalu bergantung pada manusia. Berkali kali aku cuba bagitau kat diri sendiri, 'Pandangan manusia nie hanya akan mengecewakan, sekalipun dari orang yang kita cinta dan ...

Cerita sebelum sahur

Bismillah.  Berzaman tak boleh log in blog. Tak tahu lah kenapa. Rasa dah isi passord yang betul, dia kata salah. Kita redha. Maybe nak suruh 'rehat' menulis kejap. Tapi melampau sangat rehatnya. Karat otak kita sebab lama tak menulis. (Kaitan sangat..) Sebenarnya, banyak sangat benda yang aku nak share. Nak semua cerita tu terpahat dalam blog nie, biar satu hari nanti aku boleh baca balik. Tapi, aku tak mampu.  Hari nie, aku rasa rindu sangat dekat Jordan. Bukan sebab si dia ada kat sana. Bukan. Bukan. Tapi memang sebab rindu. Rindu dengan segala-galanya. Sampai sanggup kutip balik gambar2 sepanjang aku berprogram as timb pengarah and buat caption panjang-panjang kat insta. OMG. Miss so much lah. Pastu berangan nak pergi sana dalam akhir bulan nie atau awal tahun depan. Bajet-bajet nak menabung lah bagai. Haha. Harap menjadi. Kot ada nak sponsor, lagi bagus. Ameen. Ameen For those yang tak tahu kenapa aku balik, mesti tertanya-tanya kenapa caption pelik mcm tu...