Skip to main content

Assalamualaikum 2016 :)

Bismillah...

Hai 2016.!! Awal-awal dah macam-macam yang jadi yer... Tapi takpe. Kenangan. ^.^

Memandangkan aku cuti sebulan (student CELPAD memang habis exam awal), so, plan tu bnyak sikit. Hehe. Harap-harap segala plan tu berjalan dengan lancar. And segala target tu dapat diselesaikan sebelum habis cuti sem nie. Ameen.

Cerita aku untuk pembukaan 2016 nie agak tingtong sikit. Haha. Okay. Jom layan.

Hari Sabtu hari tu, which was 2Jan2016, aku ada event. Kawan sebatch. Kak Irma, ada buat kenduri kawen, tapi kenduri jemput menantu. Disebabkan masa kenduri belah dia aku tak dapat pergi sebab nenek tak sihat (until now keadaan wan tak stabil sangat lagi. T.T), jadinya, aku kena pergi kenduri belah lelaki nie. Nak pulak bila kak Irma post dalam group whatsapp dengan ayat "Boleh tak akak nak mengharap lagi.? Jemput dtg yer sapa2 yang free." Bukan itu sahaja, malah kak Irma telah memberikan undangan khas untuk aku >.< Lagi rasa tak sampai hati untuk tak pergi after dpt mesej inbox dari kak Irma. Lemah i. Heee.

So, hari kejadian, tetiba umi taknak ikut. Umi cakap umi letih plus umi nak teman abi pergi Melaka. Aku okay je. Just terfikir, takkan aku nak pergi sorang. Drive NAZA pulak tu. Haih. Lemah betul bawak si badak tu. Besar sangattt.

Aku apa lagi. Cepat otak ligat fikir nak cari talian hayat yang mana yang dapat tolong diri nie kan. Tetiba dapat ilham nak ajak kawan baik aku since sekolah lagi tapi jadi makin baik dekat uia nie. Ainul. Aku terus call dia, tanya free ke tak, nak teman aku ke tak. Alhamdulillah jawapan dia positif. So, aku plan keluar dari rumah pukul 1 and sampai uia dalam pukul 1.20 lebih kurang. Boleh tumpang bilik Ainul untuk solat pastu terus gerak. Kalau ikutkan rumah pengantin tak jauh sangat pun. Lebih kurang sejam la kot. So, okay la kan. Nanti sampai sedang elok je. Tak awal sangat, tak lambat sangat.

Dari uia aku gerak dalam pukul 2. Tengah-tengah jalan baru perasan minyak kereta dah nak habis. Act, masa tu mcm gelabah jugak la sebab minta duit rm50 je dengan abi and tak plan nak isi minyak. Dah kalau bawak NAZA takde makna nak isi rm10 kan. Paling kurang rm20. Tapi aku fikir okay je kot. And then, berhenti la kat stesen minyak shell taman melati kot nama dia. Tak ingat. For sure stesen Shell after lorong zoo negara tu.

Dalam otak, aku dah set mind dah, nak kena cari pum minyak yang belah kanan sebab umi pernah cakap, kalau termometer dia belah kanan, tu maknanya tangki dia belah kanan. And yang aku nampak termometer minyak tu belah kanan and aku pun pilih la pum minyak yang belah kanan. Dah bayar semua time nak isi minyak baru perasan tangki belah kiri -_- Tu okay lagi la kot kalau takat tersalah tangki tapi mana sampai wayar tu nak masuk dalam tangki.

NAZA kan besar, so, mcm susah sikit la aku nak ejas. Mula2 dah pusing sikit tapi still tak jadi. Last2 aku suruh Ainul keluar kereta tolong tengokkan kereta and aku nak ejas kereta. Kebetulan, aku pun still tak masuk kereta. Elok ainul keluar, aku pun terus tolong tutupkan pintu dia and aku baru nak masuk kereta. Tetiba.....

Guess what.??????

PINTU LOCK AUTOMATIC.....

Okay. Even rasa nak gelak still la rasa panic kan. Dengan tangki minyak tu aku bukak and penutup dia pulak aku letak dlm kereta. Dengan enjin tengah terpasang. Dengan phone pun kat dalam kereta. Memang takde apa2 samada dengan aku ataupun Ainul. Kiteorang gelabah jugak la. Tapi nasib dua2 bukan jenis yang macam gelabah tak tentu pasal. Aku pandang Ainul, Ainul pandang aku. Senyum je lah dulu. Haha. Dalam otak aku, memang tak jadi dah kiteorang nak pergi kenduri kak Irma. And macam mana nak buat kan.. Heee

Aku pun terus pergi kat kaunter bayaran, minta tlg pekerja lelaki kat situ tengok2 kan. Bila abg tu tengok, dia cakap "Kalau kancil senang la dik. Nie NAZA. Auto lock. Susah sikit nak kopak." And aku pun berhuhu la kat situ. Aku tak boleh fikir nak call sapa, sebab umi cakap nak terus pergi Melaka. Nak je call umi sebenarnya tapi takut kena marah dengan abi. Hee. Aku bertahan taknak call umi. Aku call adik aku yang tgh date dengan bakal mak mertua dia (okay. part nie nyampah -,-), tapi adik aku suruh call umi jugak. Aku pun sambil baca doa bebanyak, takut kena marah terus call umi. Bila umi angkat je phone, benda utama lepas salam, "Umi, lari sikit dari abi. Kakak nak bagitau benda nie. Tapi nanti mesti abi marah." Hahaha. punya la takut kan..

Umi pun layan. "yer, umi jauh dah nie. kenapa.?"

Bila aku cerita, umi terus cakap, "Okay, umi bgtau abi. Nasib tak keluar rumah lagi." And aku mcm takut gilaa bila umi bgtau nak cakap dengan abi. Haha. Punya takut.

Aku pun tunggu la dengan Ainul dekat jugak lah setengah jam kot. Sambil tunggu, sambil baca doa dari Surah Anbiya ayat 69. Tak berhenti baca doa tu. Hahaha. Apalah afiqah nie.

Akhirnya abi sampai la jugak sambil senyum senyum. Hee. Apa lagi, kena perli la kan.. Dah settle semua, terus aku gerak ke Hulu Langat. Alhamdulillah. Akhirnya ada jugak rezeki nak sampai ke Hulu Langat tu kan.

Around pukul 3.30 aku dah sampai Hulu Langat tu tapi kan.... Diuji lagi.. Pusing area yang sama dekat sejam baru jumpa tempat kenduri tu. Bayang lahh. Sejam kot. T.T Call pengantin, memang sah la tak angkat kan. Tapi aku doa je lah. Harap-harap dapat jumpa kak Irma. Kejap pun takpe. Nak menangis cari tempat tu sebenarnya. Akhirnya, dengan takdir Allah, kak Irma angkat call. Time tu dah pukul 4petang. Memang sah la dah habis kenduri tu.

Dalam phone Kak Irma terus cakap, "Fiqah please cakap Fiqah nak dtg sini..." And aku terus, "Akakk.. Fiqah sesat." Lepas dah call semua tu, akhirnya sampai la jugak kat tempat kejadian pukul 4.30 ptg. Time tu meja semua dah kemas. Segan sangattt. Tapi demi kak Irma, gagah la jugak.

Lebih kurang sejam lebih jugak la aku kat situ. Borak-borak, share cerita, snap gambar sikit lepas tu balik.

Disebabkan aku jarang dapat luangkan masa dengan Ainul, so, kiteorang decide nak lepaking dekat KL Fest a.k.a Setapak Centre (tak silap la nama baru dia). Plan dalam kereta, nak lepak sana. Bajet nak tengok wayang, tapi macam dah lewat. Sampai sana dalam pukul 7 lebih, nak solat lagi. Nanti mesti balik lewat kan.

Last2, just decide nak jalan-jalan je lah dalam tu.

Masuk part car park, kereta banyak. Pusinglah satu tempat tu cari car park and last jumpa satu side nie. Agak jauh jugak dari pintu masuk. Dipendekkan cerita, time nak park kereta tu kan, aku accident. T.T

Salah aku la kot. Dah tahu bawak badak, nak jugak parking kat situ. Act, mula2 aku rasa macam muat je tapi kan tak. Aku terlanggar kereta sebelah. Habis kemek kereta tu dengan calar yang banyak pulak tu... TTT.TTT

Nak menangis sangat sangat rasanyaa sebab banyak sangat ujian hari tu.

Copp. Even perasaan nak menangis kan tapi aku still boleh fikir dengan waras. Aku turun kereta cari kertas and pen nak tinggalkan note and no phone kat kereta tu. Entah lah. Rasa macam mudah je nak tinggalkan note tu even aku tahu maybe duit aku akan melayang.

Nangis lagi.

Aku buat selamba je time jalan-jalan dalam KL Fest tu. Buat tak ingat. Haha. Dalam pukul 10 kot, aku dapat call dari sorang perempuan cakap china. And aku terus dapat agak dah sapa. Mesti that girl yang aku langgar kereta dia tu kan. So, after bincang-bincang siap pergi jumpa dia, dia decide untuk aku bayar rm300 JE. Rm300 JEEE okayyy. Hmmm

Amount yang tak berapa nak sikit la kan. Act, tu duit simpanan untuk masa depan. Tapi terpaksa la jugak. Sebab aku dah set mind taknak libatkan umi abi and taknak panjangkan urusan tu. Nak taknak, aku terpaksa bayar duit kereta tu. Tahan mata tengok baki duit dalam bank. T.T

Akhirnya aku sampai rumah dalam pukul 12 malam. Habis cerita.!!!

Hmm. Dalam seharian tu, aku just percaya, bila aku jujur, Allah mesti tolong aku. And aku macam terfikir2 time otw balik rumah kenapa Allah bagi macam2 kat aku hari tu. Tetiba aku rasa macam sedih. Kafarah dosa. Yup kafarah dosa. Hmm. I get it.

Allah takkan nak bagi sesuatu tu tanpa sebab kan. Semua mesti bersebab and aku bersyukur sebab aku tak melatah dengan ujian ujian tu. Just terkejut je lah dengan kejadian seharian yang bertindih-tindih. Apapun, aku still bersyukur Allah tak ambik nyawa aku dalam keadaan aku penuh dosa, Tak ambik nyawa dengan accident ke apa kan. Aku betul-betul belajar hari tu.

Hidup kita nie, tak terlepas dari dosa. Tak kira samada urusan dengan manusia atau Allah dan mungkin dengan haiwan.

Mungkin la jugak Allah bagi peringatan yang bertindih macam tu sebab aku ada terbuat umi terasa hati dengan aku. Sebab aku macam perasan umi lain sikit dengan aku pagi tu. Not very sure sebab apa, tapi lain lah. Maybe sebab aku terbangun lambat kot. Haha. So that, aku belajar. Dalam hidup nie, hablunminallah tu yang utama sambil tak abaikan hablunmminannas. Hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia. Dua2 berkait rapat.

Ainul ada jugak cakap, "Takpo la pqah kalu chino tu nok nipu kito pung pasa rego keto tu hok peting mung (bahasa kelantan yang digunakan hanya untuk yang terdekat dan terapat sahaja okay. hehe) jujur doh ko set yo. Tok tingga jah keto tu calar kemek gitu." *translate la sendiri loghat kelanta tu ke loghat anda yer.* :p

And aku rasa hati aku tenang. Takpe lah. Duit boleh dicari tapi harga diri dan maruah sebagai muslim tak boleh dipijak-pijak. Satu lagi, aku taknak berurusan dengan china tu nanti time kat akhirat.

Okay. Itu sahaja kisah aku yang panjang lebar kali nie. Segala salah silap harap dimaafi. Hee. Ngantuk. Nak tidur dah. Bye.!!

Owh lupaaaa....

Doakan aku tau. Doakan dapat result yang baik untuk ceplad nanti pastu, doakan plan hidup aku berjaya dan diredhai Allah. And tak lupa, doakan Mr F yang nak exam final esok. >.<

Moga doa2 tu dikembalikan kepada yang mendoakan. :)

Bye. Assalamualaikum.

Muka bahagia jumpa pengantin ^.^



Kata-kata terakhir kak Irma : "Fiqah, tolong jadikan akak antara orang terawal tahu pasal kenduri fiqah. Akak taknak tahu dari orang lain tau. Akak nak apply cuti jugak untuk kenduri awak nanti." 

Senyum :) 

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be