Skip to main content

Hati-hati jaga hati

Bismillah..

Hari nie aku nak share pasal hati. Disebabkan 2 3hari nie aku asyik fikir pasal nie, jadi hari nie aku nak share sikit.

Semua orang ada hati. Memang lah. Kalau takde hati, bukan orang namanya kan. Tapi tak semua orang ada hati yang sebetul-betul hati. Means what.? Its means like, semua orang ada otak tapi tak semua gunakan otak. Lebih kurang.

Pada aku, tak senang sebenarnya nak didik hati kita jadi baik sentiasa. Dalam usaha nak jadi baik tu mesti ada terselit yang tak baik kan. Maybe korang tak, tapi aku ya. Selalu. استغفر الله

And at the same situasion when you have to 'thabat'kan which is tetapkan your heart with your choice. Macam yang selalu kita minta dalam doa tu, يا مقلب القلوب، ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك. "Wahai yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami kepada agamaMu dan kepada ketaatan kepadaMu." Kadang2, hati selalu tergugat atau mungkin sengaja digugatkan syaitan untuk merosakkan manusia. Sampai tahap, kita terpaksa tajdid (memperbaharui) balik niat hati kita.

Benda nie akan jadi kat sesiapa sahaja sebenarnya. Sebab hatikan benda yang kadang2 manusia sendiri pening dengan our own. Haha.

Pernah aku tetiba pertikai dengan pilihan aku sendiri. Macam2 hasutan yang datang. Antaranya, "betul ke pilihan aku.?" "Tak menyesal ke.?" "Kenapa pilih itu.?" "Kenapa pilih nie, banyak lagi yg lebih baik." And so on. Penat lah jugak bila start berperang dengan hati sendiri. Tapi selalunya aku takkan biarkan mcm tu.

I will pause and take time. Keep calm and cakap pada diri sendiri "Dulu kau buat keputusan tu istikharah ke tak.? Kalau istikharah, kau tak yakin ke Tuhan tu akan bantu kau.?" Always and always. Even kadang2 aku lupa jugak untuk take five nie tapi selalunya aku akan buat. Sebab aku taknak hati aku rosak. Rosak dengan sebab kebodohan sendiri.

Maksud kebodohan tu mcm nie. Of course setiap keputusan yang kita buat dalam hidup kita akan kita fikir baik buruk dia kan. Kita mesti usaha untuk buat keputusan yang terbaik samada untuk kehidupan dunia atau untuk akhirat nanti. So, bila kita dah buat sesuatu keputusan tu, kita mesti dah fikir pro and cons dia. Kan.? So that, bila kita dah decide tetiba tengah2 jalan kita rasa payah, kita rasa susah. Takkan hanya dengan sebab 'rasa' tu kita nak putus asa dan tetiba jadi meroyan macam nak putar balik masa lah apa lah. Tak ke nampak tak berapa cerdik disitu.? Betul tak.?

Kenapa kita tak nmpk semua tu just ujian untuk test kita. Nak tahu kita betul2 nak atau tak. Kita betul2 nekad atau tak. Tanya hati. Why not, we just see the small things with the big eyes and heart. Kehkeh

Dulu, kawan2 aku selalu pesan suruh aku jadi manusia yang berjiwa besar. Maybe dieorg nampak kot jiwa aku tak berapa besar. Aku tak marah. Sebab tu kenyataan. Aku terlalu rasa rendah diri sampai tahap aku hilang keyakinan diri. Aku mudah untuk rasa lemah, even sekarang pun kadang2 ada lagi perasaan tu, tapi atleast aku dah cuba tepis sikit2. Tak seteruk dulu. Hehe.

Aku tak tahu lah korang yang baca nie faham atau tak apa yang aku nak sampaikan tapi... tu lah. Point dia, bila kita dah buat sesuatu keputusan, jangan mengalah bila dihimpit ujian, teruskan. Jaga hari kita baik-baik. Allah pasti dah sediakan sesuatu untuk kita. Bak kata Teacher Harvinder, "Just think that God has something for you."

Contoh mudah, korang dah ada pilihan hati sendiri. Mula2 before buat keputusan dulu, kemain fikir 2 3 bulan. Siang malam fikir. Doa. Solat hajat. Solat istikharah. Minta sungguh2 diberi petunjuk. Tanya pendapat orang sana sini. Senang cerita, semua dah buat. Then, korang pun decide, "Okay, saya terima awak sepenuh hati." (Cewwah..) Tetiba dalam membina hubungan tu, Allah test sikit. Korang pun rasa terbeban, sakit, susah, payah, perit dan segala yang negatif tu. And tanpa segan silu, segala usaha yang korang dah buat sebelum tu diabaikan begitu sahaja dan korang decide untuk tinggalkan pilihan tu hanya sebab 'rasa' tu. Korang tak pilih untuk bertahan dan teruskan langkah padahal, sebenarnya dalam ujian tu lah adanya nikmat, adanya berkat, adanya hikmah. Kita yang kena cari dengan pandangan mata hati. Bukan ego dan berlagak macam kita tak layak diuji.

Aku selalu ingatkan diri aku. Walaupun kadang2 aku terlupa jugak. Sempat lah moody 2 3 hari. Lepas dah fikir2 balik, tajdid niat balik, after that dah boleh fikir dgn baik. Aku tak bermaksud untuk tunjuk yg aku nie baik dan sempurna. Bukan. Tapi, aku taknak sia2kan pertolongan Allah. Tu je.

Aku taknak kita semua jadi orang yang rugi. Tanpa kita sedar, dalam ujian yang Allah bagi tu, Allah nk tolong kita. Tolong hapuskan dosa2 kita. Dosa2 yang kita tak pernah nak rasa jijik pun untuk elak. Hmm. Aku la nie. Tiap2 hari nak buat dosa. Istighfar. Pastu buat balik. Allah yang Maha Baik tutup segala aib depan manusia. Kalau tak, confirm takde orang nak dekat. Apatah lagi sayang. Hmm. Hina sungguh makhluq bernama manusia nie. Allahu.

Aku rasa cukup dulu aku membebel malam nie. Harap2 korang faham apa yang aku nak sampaikan nie. Insyallah. Tak faham tanya. Kat bawah nie ada kotak, kalau taknak aku tahu sapa korang just tekan anonymous and tinggalkan persoalan kat situ k. I will reply as soon as possible. Ceehhh. Sangat lah bajet duhai afiqah. Hahaha.

Dah. Time to sleep. Bye.!

Assalamualaikum ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be