Monday, January 18, 2016

Takut. Tapi Nak. Hampeh.

Bismillah..

Hajat hati, cuti sem nie aku nak spend time dengan wan (my lovely grandma) tambah2 bila keadaan wan tak berapa sihat, tapi perancangan Allah tu lebih baik, hampir dua minggu aku sakit kepala. So, nak jaga wan mcm mana kalau diri sendiri pun tengah sakit. Boleh kira dengan jari bila je tak sakit -___-

Sabtu Ahad lepas ummi ajak balik kampung, walaupun still rasa sakit tapi alhamdulillah dah kurang. So, on je masa ummi cakap tu. Lagipun, kalau tak balik sekarang tak tahu bila lagi dapat balik kampung yang indah tu. Heee

Sampai rumah wan, terus sorry dekat wan T.T sebab hari tu dah janji nak jaga wan tapi tak dapat. Sedih..

Kebetulan balik kali nie ada 2org makcik aku nak join balik kampung. So meriah la sikit. Takde la meriah mana sangat pun, tapi atleast dapat la borak2. Bila dah duduk dengan makcik2, masing2 ada cerita tersendiri. And part yang paling aku suka bila duduk dengan makcik2 nie, nasihat dieorang. Tahan je airmata time dapat nasihat macam2 tu. Hehehe

Tajuk utama kiteorang semalam, pasal jodoh dan asam garam kehidupan rumahtangga. Nampak errr sangat kan, tapi cerita nie bukan cerita gedik gatal tu owkeyh. Cerita nie perkongsian. Betul2 boleh bukak mata, minda and hati aku. Betul2 buat aku fikir, nak kawen ke tak.? -____-

*Okay. Tak niat pape. Rasa je.* :3

Aku sebenarnya dah terlupa yang tahun 2016 nie, aku dah 23tahun. Makcik2 aku cakap, dengan umur aku nie, aku patut tahu hakikat perkahwianan tu apa. Bukan hanya suka2. Nak2 aku nie perempuan. Salah sorang my aunty cakap, ummi dulu umur 23tahun dah ada sorang anak. Aku la tu. Hahaha

What so ever.. *phewww*

Makcik2 aku cakap, dalam rumahtangga nie kita tak akan tahu org yang tgh kita kawen tu akan jadi jodoh kita sampai bila2 atau hanya sekejap. Kadang2, kita nampak luaran org tu baik je, sopan, pendiam, selalu ke masjid (bukan nak tuduh yang pergi masjid jahat, nie hanya contoh sebab manusiakan macam2 ragam) tapi hakikatnya hanya isteri dan anak2 yang tahu mcm mana perangai dia. Jangan disangka yang pendiam tu baik (baik kat sini maksudnya baik sebagai suami dan ayah, tunaikan tanggungjawab nafkah zahir batin). Apa yang penting kita kena sentiasa doa, Allah bagi yang terbaik untuk kita. Tapi, andai takdirnya nanti kita dipertemukan dengan kaki pukul, kaki perempuan dan sebagainya, jangan salahkan takdir pulak. Terima je. Ada hikmah Allah nak bagi. Jangan takut nak kawen. Tu pesan makcik2 aku.

Allahu. Aku sebak time nie. :(

Tiba2 aku rasa takut sangat. Takut nak hadapi hari mendatang. Tak tahu takdir Tuhan tu macam mana. Tak tahu orang yang akan jadi suami aku nanti, betul2 boleh jaga, sayang dan cinta aku dengan baik atau tak. Masalah dalam rumahtangga tu perkara biasa, tapi akan jadi tak biasa bila rasa sayang dan cinta dalam hati tu dah hilang. Sebaliknya, datang rasa benci, dendam, geram, sakit hati, meluat dan marah. Nauzubillah.

"Bukan senang nak cari lelaki yang betul2 cintakan kita dan boleh terima kita seadanya."

Sekali lagi, mata aku bergenang. Hahaha. Sensitif sangat nie.

How can, rumahtangga yang dibina bertahun2 dah ada anak cucu tiba2 boleh runtuh mcm tu je hanya dengan sebab tak mampu terima baik buruk pasangan. How can, rumahtangga yang dibina atas dasar cinta dan sayang boleh runtuh hanya sebab ada orang ketiga. How can, boleh campak pasangan macam tu je bila dia rasa hidup dah senang sikit dari sebelum tu. Ala2 dah berada sikit la dari dulu.

Lupa.? Kau pernah sayang dan cintakan dia sepenuh hati.? Lupa.? Dulu segala yang kau nampak hanya baik dan indah dari dia sampai kau terlupa dia juga manusia.? Lupa.? Kau pernah hidup susah dengan dia, tak mampu bagi kemewahan kat dia tapi dia tetap setia dengan kau.? Lupa.? Kau pernah janji untuk jaga dan bimbing dia dengan baik dan agama.? Tiba2, bila kau senang lenang, bila kau nampak orang yang lebih baik, bila kau rasa jemu, kau tinggalkan dia macam tu.? Tanpa sedikit rasa belas kasihan, tanpa sedikit tersisa cinta dan sayang.?

Aku menangis.

Betapa hidup nie tak mudah. Betapa cinta tak selalu indah. Terpaksa memperjudikan kehidupan dunia akhirat. Drama2 cinta yang selalu disiarkan hanya khayalan dan mimpi2 indah sang penulis. Bukan hakikat kenyataan sebuah kehidupan.

Bila tengok dan dengar sendiri benda2 macam nie, aku jadi takuttt sangattt. Wallahi. Aku takut nak kawen. Takut pasangan tak mampu terima aku apa adanya aku, then tinggalkan aku lepas aku dah cinta dan syg dia. Takut dia jemu nak hidup dengan aku sampai ke hari tua. Segala jenis takut bermain difikiran dan minda.

"Tapi janganlah takut nak kawen pulak. Terima apa yang Allah bagi." Kata2 nie yang buat aku lega sikit.

Husnuzhon dengan Allah.

Kita hanya mampu rancang, doa. Tapi segala2nya Allah yang bagi. Kalau kita usaha untuk dapatkan yang terbaik, Allah pasti akan bagi kan. Insyallah.

Pada aku, perkahwinan nie satu benda yang besar. Amanah yang sangat berat. Bila dua2 saling beri kepercayaan dan sedar tanggungjawab masing2, insyallah, pasti rumahtangga tu akan selamat.

Dan benda palinggg penting yang aku belajar from this lesson is utamakan Allah sejajar tuntutan agama dan iman yg utama.

Kalau pasangan tinggalkan solat lupa pada Allah, mcm mana kita nak bina rumahtangga yang kukuh kan. Sama jugak dengan didikan agama. Kalau kita abaikan didikan agama, serba serbi kita akan nampak salah dan tak kena. Walaupun kadang2 benda simple. Macam mana pulak kalau iman hilang, nafsu ammarah confirm akan menguasai diri kita. Sah2 mudah je nak angkat kaki tangan dekat isteri dan isteri mudah nak naik angin dengan suami. Hilang hormat. Nauzubillah.

Satu lagi, benda paling penting yang aku belajar jugak. Mak ayah mertua. Ustazah Isfadiah pernah cakap, "Hubungn kita dengan mak ayah mertua akan kekal menjadi mahram sampai ke akhirat bermula dari saat detik kita diakadkan. Walaupun kita dengan pasangan dah bercerai (nauzubillah) atau pasangan mati (nauzubillah), hubungan kita dengan mak ayah pasangan tetap terikat. Hormat dan santuni mereka sebagaimana kita hormat dan santuni mak ayah kita." Yg nie pun aku takut. Takut tak dapat jadi menantu yang baik. Tak jadi yang terbaik pun takpe, janji baik. Boleh ke tak entah. Agak2, boleh tak.? Such an annoying question :3

Doakan je lah yang terbaik untuk aku. Untuk kita semua k. Doakan aku dapat didik diri jadi solehah. Itu lebih penting dari memiliki yang soleh tapi aku tak solehah. :3 Nak yg soleh, tapi taknak usaha jadi solehah. Lempang nak.?

Sorry yer awak... heeee >.<

*Usaha jadi solehah*

Okay. Dah. Cukup la tu membebel.

Haip. I dengar okay apa yang uolls cakap tu. *flip shawl*

Aku tahu aku belum berkahwin dan aku tahu aku bukan selayak2 manusia untuk bercakap hal2 mcm nie. Minta maaf kalau ada yang tak setuju atau tak suka atau rasa diri nie kerek sangat ke apa. Ampun ya pak. Tapi segala penulisan aku nie hanya pandangan peribadi dan pengajaran dari apa yang aku dengar dan tengok. Aku share sebab aku rasa banyak yg aku dapat. Nak korang pun belajar jugak. Hehe. Kalau ada yang salah, sudi2kan lah untuk diperbetulkan tau. And paling penting, moga2 segala benda alah nie boleh dijadikan pedoman untuk aku suatu hari nanti. Misalnya, nak marah husband sebab husband tak tolong buangkan sampah, atleast bila aku ingat entry nie, maybe aku tak marah dia kot. Just merajuk 10minit sebab minta tolong tapi taknak tolong. :p

Dah. Have to go.! Bye.. :)

Jom amal

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Assalamualaikum.

P/s : Tuan rumah aku yang dekat Jordan dulu kena serangan strok, mohon sahabat2 semua doakan kesembuhan yer untuk Abu Khalid tu. Even kadang2 menyampah dgn Abu Khalid tapi ada jugak la secebis sayang tu. See.!! Kalau ada perasaan syg tu, insyallah tak akan marah lama2. Haha. Lol. Btw, doakan yer. Thank youu. :D

No comments: