Saturday, January 9, 2016

Menangis

Bismillah..

Aku tak minta pun layanan mcm puteri raja. Aku tak minta apa2 pun. Just tolong la faham. Tolong aku untuk pulihkan emosi aku. Tu je.

Tolong laaa..

Kalau bukan korang, sapa lagi nak tolong aku.

Betul lah lidah tu tak bertulang dan sekali lidah tu berkata-kata, tajam dia lagi tajam dari sebilah pedang. Menusuk-nusuk ke hati.

Aku tak tahu lah kalau aku terover sensitif. Mudah nak tersentuh dengan kata-kata orang. Mudah nak sakit hati dengan ucapan orang. Aku takde la terlalu sastera sampai semua ayat dan perkataan aku mampu hayati. Tapi, aku sakit hati. Sakit sangat.

Atau sebenarnya korang memang suka tengok aku menangis.?

Aku bukan tak terima hakikat. Tapi benda tu perit. Sampai mati pun aku takkan lupa.

Entah lah. Aku dah penat sebenarnya.

Semua yang jadi dah hampir setahun. Walaupun aku dah ada kehidupan aku sendiri sekarang, tapi wallahi kisah yang satu tu aku tetap tak mampu buang dari otak fikiran.

Tolong...

Bantu aku untuk bangkit. Jangan rosakkan emosi aku lagi. Aku tak larat berendam airmata. Wallahi. Tak larat. TT.TT

Okay.

Taknak tolong takpa. Tapi, jangan jadi asbab aku lemah. Please. :'(

Kalau perasaan dan hati aku boleh bercakap, agaknya pecah hati nie waktu dia nak mula2 bercakap sebab terlalu sakit, sedih.

Dah la. Jangan seksa jiwa aku. Jangan seksa batin aku. Aku merayu. Tolong laaaa :''(

Kalau betul2 nak aku hilang dari hidup korang, tunggu. Akan tiba saat tu. Andai lambat sangat detik tu, mungkin aku sendiri yang akan percepatkan. Supaya semua orang bahagia dan tak terbeban dengan aku.

Boleh tak nak tidur sampai bila-bila.?

No comments: