Skip to main content

Coretan pengalaman di Darul Quran ...

Agak lama sesawang abid ilahi tidak terisi. Bukan niat untuk larikan diri,hanya mencari sedikit waktu untuk bermuhasabah diri dan mengenal PENCIPTA diri..ALHAMDULILLAH, pencarian berhasil walaupun tidak sepenuhnya.

Baru-baru ini, saya telah menghadiri satu kursus anjuran Jakim di Darul Quran,Selangor. Kursus ini berlangsung selama satu bulan.

Di sini, kami telah dijadualkan mengikut kehendak penaja bagi menjayakan objektif kursus tersebut. Pada mulanya, saya agak kekok untuk menyesuaikan diri. Walaupun saya bekas pelajar Maahad tetapi biah di DQ masih saya rasakan "baru" dalam kehidupan saya.

Hati terasa terisi setelah sekian lama mem'busy'kan diri di alam pekerjaan. Kelas tafaqquh anjuran IQRAC & PERKEMAT, telah saya hadiri. Natijahnya, diri terasa kerdil kerana masih byk ilmu yang saya tak tahu. Disamping rasa syukur kerana telah diberi peluang oleh ALLAH untuk menjejakkan kaki ke bumi penuh barakah itu.

Selama sebulan,saya cuba menyelami kehidupan sahabat-sahabat seperjuangan di DQ. Melihat mereka berjuang untuk menghafal setiap makhrok (ain) sebagai 'modal' untuk dihantar pada ustazah tasmi' tiap-tiap hari, hati ini berbicara sendiri "Alangkah mulia sahabat2ku ini,menghadap dan berdamping dengan Al-Quran tanpa mengira waktu dan ketika. Sedangkan aku...."

Teringat nasihat salah seorang tenaga pengajar di sana, pesan beliau "Jangan rasa rendah diri dengan hafalan yang sedikit, hatta antum menghafal sedikit tapi antum jaga baik2 hafalan tu..itulah yang terbaik daripada menghafal banyak tp antum tak jaga dengan baik hafalan tersebut..Sia-sia.."

Berdebar jantung saat untuk melafazkan kata "SIA-SIA". Moga segala usaha selama ini tidak sia-sia.

Sebelum menamatkan sesi pembelajaran dengan ust Zaki merangkap guru tasmi' saya, ust juga ada berpesan. "Kamu jangan takut pada hilangnya rezeki untuk kamu sebab ALLAH dah memang sediakan rezeki untuk semua orang dan murah rezeki untuk kamu penghafal Quran..Rezeki kamu ada di mana-mana..Hanya sekarang,kamu perlu mengorak langkah dan berusaha..Just go.."

Kata-kata ustaz itu, kini saya rasakan seperti bakal menemui kebenaran buat saya.

Ya, setiap manusia telah tersedia rezeki mereka masing-masing. Hanya bergantung pada diri kita samada untuk  mensyukuri atau mengkufuri rezeki kurniaan ALLAH itu.




masjid DQ tersergam indah ...



Comments

BiNTuN ZaLi said…
aiwahhh.......ehhehehehe rndu jiddan2....

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...