Skip to main content

diri yang telah DIPINANG...

surat tawaran USIM

Bismillah...

Lebih kurang 3 minggu yang lepas, surat tawaran ini selamat smpai ke teratak tercinta. Fikiran jadi buntu, hati mula resah. Tak tahu nak buat keputusan macam mana. Direnung surat yang masih dipegang.

Ummi pesan, istikharah dulu mana yang baik. Ya, memang hati ni rasa nak terbang ke Timur Tengah je terus tapi itu kata hati yang masih perlukan bimbingan ALLAH. Sememangnya diri ini hambaNYA yang lemah, yang sentiasa memerlukan pertolonganNYA.

Beberapa hari, mengajak hati dan diri bermunajat meminta petunjuk agar memudahkan urusan. ALHAMDULILLAH, ALLAH itu MAHA PENGASIH, disaat hambaNYA ini amat2 memerlukanNYA, DIA dtg membantu. Semakin hari, semakin terasa USIM bukan tempat yang sesuai dengan diri ini.

Memang pada mulanya, hati agak tergugat bila dpt tahu pasal biasiswa yang bakal saya terima. Saat itu, hati berbicara sendiri " kalau pergi USIM, dekat dengan rumah, dapat biasiswa, kawan-kawan ramai dan banyak lagi kelebihan." Niat asal untuk menuntut ilmu semata-mata keranaNYA mula berubah. Faktor2 dan kelebihan2 lain mula menghantui diri. Astagfirullah.

Namun, bila kembali padaNYA. ALLAH lebih tahu mana yang baik dan mana yang buruk untuk hambaNYA ini. Sedikit demi sedikit, disingkap hijab. Terasa tenang dengan keputusan yang bakal dibuat. Dengan nekad yang kuat, hati yang betul mengharap redhaNYA, tawaran USIM ditolak dengan baik.. Dah rasa mcm dipinang. =)

Ya, saya telah dipinang.. Dipinang oleh masa depan, bukan untuk diri semata tetapi untuk agama tercinta, ISLAM. Disaat pening-pening lalat memilih mana yang terbaik, ummi pun cakap, " kakak, ummi dlu tak terfikir pun nak smbg belajar mana-mana. Mungkin sebab orang dlu tak mementingkan sgt pelajaran nie. Ummi tak terdorong pon untuk sambung belajar" kedengaran nada penyesalan terbit dari bibir insan yang saya sayang ini.

Ummi pernah cerita tentang kehidupannya semasa belajar dahulu. Ummi ternyata seorang pelajar yang pandai dan terkenal di sekolah. Ummi pernah lompat kelas beberapa kali disebabkan kepintaran ummi. Namun, semangat ummi hilang apabila musibah menimpa ketika usia ummi menjangkau usia 17 tahun dengan kehilangan ayah tersayang. Mungkin disebabkan ini, ummi jadi terganggu. Usai SPM, ummi terus bekerja sebagai kerani.

Terbit di hati, perasaan bersyukur kerana masih diberi ruang oleh ALLAH untuk terus menimba ilmu dibumiNYA ini. Malah menjadi buntu untuk membuat pilihan lantaran banyak twran yang diterima. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. Nikmat yang paling berharga. Ya ALLAH, jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur..Ameen..

{Boleh jadi kamu benci kpd sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.} Al-Baqarah (ayat 216)

p/s : Terima kasih buat ummi,ummi,ummi, abi, saudara mara serta shbat2 yang membantu diri ini memberi idea dan pendapat. Kata-kata semangat dari kalian amat2 berharga. Doakan moga cita-citaku tercapai demi menggapai redha ALLAH..

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...