Tuesday, May 24, 2011

MEMORI UKHUWAH FILLAH...part 3

Sambungan...

Semakin hari, semakin ramai insan-insan yang hebat mula saya kenali. Memulakan persahabatan dengan kalimah bismillah. Berjuang bersama dalam dunia kepimpinan di Maahad. Bersama-sama mengenali dunia tarbiyah dan dakwah.
Azi, Iz, Sarah, Ya dan Zid, masing-masing memiliki keperibadian tersendiri. Azi, tempat diri ini meluahkan segala masalah,duka,suka,resah,gundah dan segala mcm rasa dihati. Hampir tiada rahsia antara kami. Yang pasti, setiap kali saya ke Kelantan, Azi mesti minta saya ikut balik rumah. Saya amat mengagumi insan ini. Nak tahu kenapa??!! Erm,sebab Azi banyak ilmu dan thaqofahnya yang tinggi. Rasa rendah diri kalau duduk borak2 dgn Azi nie. Kalau dah jumpa, mesti byk cerita yang akan kami kongsikan bersama. Masyallah, terlalu merinduimu, sahabat Fillah.. Moga impianmu tercapai,dan tabah menghadapi ujian hidup buatmu..

Izdihar... Anak bongsu dlm keluarga dan automatik menjadi "adik bongsu" untuk kami. Susah betul melayan "adik" sorang nie. Apabila kakak sulung (saya) jumpa dgn adik bongsu (iz), memang akan mencetuskan suasana yang memeningkan kepala sahabat lain. Mula mengenali Iz, masa form 3 tp tak rapat serapat sekarang sebab masa tu Iz baru masuk sekolah dari Maahad Muhammadi Pasir Pekan. Iz memang lain dari yang lain. Memang "penat' melayan "adik" yang banyak kerenah nie.hehe.Tapi kadang-kadang best jugak. Bila dah terpisah dek jarak nie, mula rindu menyapa. Moga ikatan ini sentiasa mendapat rahmat dr Ilahi. Iz, terima kasih kerana masih mempercayai diri ini. Iz, segala kenangan kita sentias terpahat dihati. Maafkan diri ini andai pernah mengguris hatimu..

Setiausaha asrama menjadi taklifat diri. Seorang yang agak serius dalam bekerja. Orangnya tinggi lampai. Roommate yang baik. Sarahlah insan yang menitiskan air mata dikala penyakit saya tiba-tiba menyerang sebelum dibawa ke hospital. Sarahlah yang selalu support kalau penyakit "tension" study tiba2 bertamu. Sarahlah yang selalu jadi "penyokong" saya dalam bilik. Kami sefikrah. Apapun yang kami lakukan biasanya pasti akan ada keserasian. Faktor ketinggian tidak menjadi masalah. Apa yang penting, kami sehati sejiwa. Huhu.. Saya sayang Sarah!!!!

Secomel ni, nama dia Alyani. Saya panggil Ya. Best student skolah. Walaupun kecik, tapi sekali berkata-kata pasti tiada yang mampu bersuara. Karakter diri yang tegas, menyebabkan tak ramai yang berani memdekatkan diri. Hanya yang mengenali dan memahami yang boleh "masuk" dengan Ya nie. Menyandang jawatan Penolong Ketua Pelajar,bukan penghalang bagi insan ini bergelar pelajar cemerlang. Apa yang istimewa tetang Ya nie, Ya tak kedekut ilmu. Sentiasa sharing. Ya antara insan yang pernah menabur jasa buat diri ini. Ya, thanks sebab sanggup berjaga malam ajar addmate. Thanks sebab sanggup bagi tumpang rumah. Thanks sebab sanggup menerima diri ini seadanya. Thanks sebab selalu menyedarkan diri ini disaat lagha (lalai). Thanks sebab dah ajar ilmu kehidupan pada diri ini. Ya, walau apa pun yang terjadi...Kita tetap bersahabat sampai ke syurga..

Pinky girl nie nama dia, Zid. Zid memang seorang yang lemah lembut. Kalau jumpa, mesti dia akan peluk saya. Zid,rindu pelukan awak..=). Zid seorang yang agak sensitif. Berpenyakit. Tapi,insyallah dengan kekuatan ukhuwah yang kita bina mampu menguatkan Zid..insyallah,sama-sama doa. Dulu memang kami tak pernah rapat dan kenal. Hubungan ini pun pada saya, agak mustahil untuk terjalin. Kenapa? Sebab kami tak pernah sekelas, terserempak pun jarang, bertegur sapa lagila susah. Namun,kuasa ALLAH tak siapa yang tahu. Akhirnya hubungan persahabatan kami terjalin bahkan sentiasa disirami kehangatan rindu dan cinta yang tidak pernah luntur. Cinta saya buat Zid dan sahabat-sahabat yang lain tidak pernah pudar. Zid, saya sentiasa ada untuk Zid. Andai Zid dibuang jauh, yakinlah, kami akan tetap menemani dan bersama Zid.



Azimah Hanun...Rahsiaku,rahsiamu..rahsiamu,rahsiaku!!!hehe



Nur Izdihar..Sahabat tempat bergaduh..huhu
 
 

Siti Sarah..Sahabat tempat bermanja..=)
 


Wan Alyani..Sahabat & teman yang memahami..

 


Zidni Nuran..Kelembutanmu menjadi kerinduan...
 Ada sambungan lagi...
Nak tahu, kena tunggu...=)
Wassalam..

2 comments:

azliani ismail said...

salam 3laik..

~pengalaman kat maahad mmg best^^tmpat diri ditarbiyah..

selamat meneruskan perjuangan kalian!!

abidillahi said...

wassalam..

maahad sgt2 best..
trima kasih kpd kak2 yang tak pernah jemu bg tunjuk ajar hgg kini..
moga RIBAT yang terjalin kekal ke syurga..ameen
(^_^)