Thursday, May 26, 2011

Perginya DIA yang aku sayang !!!!!

Bismillah...

Saya mulakan kalam dengan nama Allah,moga sama-sama kita peroleh hidayah dan maghfirahnya..ameen..

Setelah lebih kurang seminggu, hati ini memendam perasaan. Menanggung rasa kehilangan tanpa berkongsi dengan sesiapa. Mengharap pertolongan Allah datang menyapa. Meredhakan apa yang telah terjadi. Membiarkan semua berlalu pergi. Alhamdulillah, ketenangan yang diharapkan masih tersisa.

Tanggal 13 Mei 2011, seorang insan yang amat saya sayangi pergi mengadap ILAHI. Berstatuskan moyang. Mengharungi kehidupan hampir menjangkau usia 100 tahun. Pada insan lain, mungkin pemergian insan berstatus "moyang" ini nampak biasa, namun, tidak pada saya. Kenapa? Sebab insan ini adalah asbab saya lahir kedunia dengan didikan dan asuhan agama.

Insan ini begitu berharga. Peranannya dalam kehidupan abi dan seterusnya saya, amat besar. Abi dibesarkan dengan didikan dan asuhan insan ini. Semenjak dilahirkan, abi tinggal dengan nenek merangkap moyang saya ini. Abi dibesarkan dengan penuh kasih syg oleh tok ayoh (pggilan untuk moyang L) & nye (pggilan untuk moyang P). Sejak kecil, abi terdidik dengan ajaran agama. Memandangkan arwah tok ayoh merupakan tok guru (guru agama) dikampung, sedikit sebanyak faktor ini mempengaruhi minat abi dalam ilmu agama.

Hasil kasih syg dan didikan yang berharga ini, kini abi lahir sebagai insan berguna buat masyarakat. Segala penat lelah, susah payah dan keperitan yang ditanggung selama tempoh membesarkan abi terubat dengan gelaran Al-Hafiz yang diraih abi.

Apa yang membuatkan hati ini sayu, insan ini pergi bukan dalam pangkuan saya. Setelah pulang dari Kuala Lumpur, 2 hari kemudian beliau menghembuskan nafas terakhir. Khabar diterima dengan ucapan Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Saat ummi sampaikan khabar perginya insan ini, tangan terus memegang rantai yang tergantung di leher. Rantai ini pemberian dan kepunyaan beliau. Hampir setahun, rantai ini tergantung dan insyallah, akan terus tergantung hingga nafas terakhir saya.

Terimbas kembali detik-detik beliau menyerahkan rantai ini. Disuruhnya saya menanggalkan rantai ini dari lehernya. Saya tanpa memikirkan apa-apa terus menurut kehendak beliau. Menanggalkan dan menyerahkan kembali kepada beliau. Namun, sebelum pulang, beliau menarik tangan saya dan terus menyerahkan rantai ini ke dalam genggaman saya. Pada mulanya, saya menolak tapi akhirnya saya mengalah kerana didesak beliau.

"Nye doh lamo niak nok bui ko kak, ambik kak..Jage tolok" (nye dah lama niat nak bagi dekat kakak,amik kakak,jgn tolak).. Kata-kata ini buat hati saya tak snggup menolak. Akhirnya saya menerima, dan rupanya, ini pemberian terakhir beliau pada saya. Apa yang membuat hati ini bertambah sedih,dalam ramai-ramai cucu dan cicit yang dimilikinya, hanya saya yang menerima pemberian dari beliau.

Detik pemergian beliau, amat-amat baik dan tidak keterlaluan jika saya katakan insan ini pergi dengan husnul khatimah. Beliau menghembuskan nafas terakhir selepas solat jumaat dalam pangkuan nenek saya yang kebetulan berada disitu. Sambil mulut mengucapkan kalimah ALLAH. Masyallah, Allahuakbar!!! Moga "perginya" saya nanti juga dalam keadaan begitu atau lebih baik..ameen

Saat menatap wajah beliau untuk kali terakhir, terasa bagai beliau sedang berada di alam mimpi. Wajahnya putih bersih, senyuman yang tidak lekang,tampak berseri dengan nur. Moga ini khabar baik buat kami, tanda ALLAH meredhai insan ini..ameen. Dicium bekali-kali wajah itu, agar terlepas beban rindu. Dan untuk kucupan terakhir sebelum beliau disembahyangkan, hanya kalimah "terima kasih" yang mampu saya ucapkan pada beliau sebagai tanda syukur dan berterima kasih pada DIA, insan berjasa.

Setiap kali balik ke kampung, cucu-cucu dan cicit-cicit yang lain pasti akan mencemburui saya. Nak tahu kenapa? sebab, saya cicit kesayangan. Dan saya tak menafikan. Ya, saya cicit kesayangan. Tetapi, saya tak pernah terniat untuk mengambil kesempatan diatas "kelebihan" yang diberikan. Hanya niat dihati, biar kasih dan sayang yang dicurahkan beliau tak menjadi sia-sia dan hampa. Saya berusaha jadi insan berguna. Saya tak punya harta untuk diberikan. Hanya punya doa yang mampu untuk diberikan tanpa henti.Insyallah.

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
 
"Apabila seorang anak adam meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan orang tuanya". (Riwayat Muslim)

Moga saya juga tergolong diantara "anak yang soleh" dalam hadis Nabi ini. Kerana, kewujudan saya kedunia ini juga berasal dari benih beliau. Semoga hadiah "anak soleh" ini dapat menyelamatkan beliau dari seksa kubur, memudahkan hisab, memantaskan laluan di titian sirat dan terus smpai ke syurga yang diidamkan. Walau hakikat, saya tidak lah terlalu solehah. Semoga ALLAH menerima doa saya untuk beliau dan tidak tersingkap dek dosa-dosa saya yang menggunung. Ameen.

Nye, moga dirimu tenang disana.. Tunggu diri ini, kerana aku bakal menyusulmu...Salam sayang dari cicitmu tersayang..~kakak~




bergambar dengan hadiah raya terakhir dari kami... senyuman itu,akan sentiasa aku rindui!!!


Sekalung Doa Buatmu...



Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur

dan berbuat baik kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami
menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidiki kami
sewaktu kecil.

Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan
redhailah mereka.

Ya Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat
menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang
terus menerus mereka lakukan.

Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka
kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan
pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami.

Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-
siakan kerana sibuk mendidik kami.

Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana
mengutamakan kami.

Maafkanlah mereka atas segala syubahat yang mereka jalani dalam usaha
menghidupkan kami.

Ya Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau
hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan
taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu.

Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang
kami lakukan dan tanggungjawab yang kami emban. Dan janganlah
tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka.

Bagi nenek moyang kami yang telah meninggal, berikanlah mereka
rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang
menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat
dibangkitkan.

Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur
dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di
masa hidup mereka.

Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang
mengecewakan mereka, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada
mereka.

Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian dengan perbuatan-
perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan.

Senangkanlah arwah mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan
para arwah, ketika orang yang saleh bergembira dengan putera-puteri
mereka yang sholeh. Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan
buruk kami.

Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya
para saksi. Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu
dengan keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau kumpulkan kami,
mereka dan segenap kaum Muslimin di negeri kemuliaan-Mu, tempat
menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama orang-orang
yang Engkau beri kenikmatan,

Yaitu, para nabi, shiddiqin, syuhada dan solihin, mereka itulah
sebaik-baiknya teman.

Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat
dan salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhammad
S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.
Walhamdulillahi Rogbbil `Aalamin. Amin

3 comments:

permatahati said...

assalammualaikum afiqah syg...emm best cte nye...bgus..try to publish at I Love Islam...k..insyaallah dpt la org lain baca heheheh just cadangan je ahhahah

abidillahi said...

waalaikumsalam k.anis syg..publish??!!seganla kak..hehehe..moga same2 dpt pengajaran k..yg baik kite jdkan teladan, mn yg tak baik tu, kite jdikan pengajaran..

permatahati said...

ehheheheh AKAK bg cadangan je,,heheh akak br publish akak nye karya...kau imamku,,seb bek diterima...nti kua kt paper i luv islam hehheeh insyaallah..ehheheh