Skip to main content

siapa ZINNIRAH ...?

Segala puji-pujian kpd Rabbul 'Izzati. Selawat dan salam buat junjungan mulia,kekasih ALLAH.

Zinnirah, seorang wanita mulia menjalani kehidupan beragama Islam dengan penuh ujian dan cabaran yang semakin meneguhkan keimanan kepada Tuhan. Segala penyiksaan yang telah dihadapinya sedikit pun tidak menggugat keimanan pada Sang Pencipta. Malah, Zinnirah mengharungi dengan penuh kesabaran dan redha pada Allah.

Beliau hidup dizaman Rasulullah dan merupakan hamba kepada Abu Jahal. Sebelum memeluk Islam, Zinnirah merupakan hamba yang sangat disayangi Abu Jahal kerana ketaatan dan sikap rajin yang terserlah dalam diri Zinnirah. Zinnirah setia menurut segala perintah tuannya. Abu Jahal tidak membenarkan sesiapa pun merampas Zinnirah dari hidupnya.

Setelah Islam mula terserlah, Zinnirah tidak terkecuali menjadi salah seorang insan pilihan ALLAH untuk menerima nur Islam. Keislaman Zinnirah telah merubah dirinya menjadi lebih baik. Zinnirah berusaha menjadi pengikut yang baik. Sikap Zinnirah terhadap Abu Jahal semakin berubah. Zinnirah lebih selesa menyendiri dan  menjauhi Abu Jahal. Abu Jahal mula meragui Zinnirah.

Keislaman Zinnirah akhirnya diketahui oleh tuannya, Abu Jahal sedikit demi sedikit. Rasa sayang pada si Hamba kian luntur lantaran kebenciannya pada agama Islam. Pada suatu hari, Abu Jahal memanggil Zinnirah dan bertanya akan kepastian mengenai berita keislamannya. Zinnirah tanpa sedikit keraguan dan ketakutan membenarkan berita yang tersebar bahawa dirinya kini sudah menjadi pengikut Muhammad Alaihissalam. Abu Jahal berkata ' Jika engkau meninggalkan ajaran baru ini, aku akan bebaskan engkau.' Sebaliknya Zinnirah menjawab ' Aku tetap berpegang dengan ajaran agama Muhammad kerana ia agama yang benar.'

Kemarahan Abu Jahal semakin memuncak apabila Zinnirah enggan meninggalkan agama Islam, lalu Serikandi  mulia ini dirotan dan dipukul dengan keras. Tubuh badan beliau luka-luka dan berdarah. Zinnirah terus didera dan diseksa sehingga beliau jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri.

Suatu hari, Zinnirah didatangi oleh Abu Jahal. Abu Jahal masih menginginkan Zinnirah pulang kepada ajaran nenek moyangnya, namun Zinnirah tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam. Beliau masih enggan kembali kpd ajaran nenek moyangnya dan hanya berkata ' Ahad..Ahad..Ahad..' smbil mengeleng-ngeleng kepala. Sekali lagi, Zinnirah diseksa keras. Keimanannya dihati sedikit pun tidak lemah selemah tubuhnya.

Abu Jahal telah mengundang beberapa orang pimpinan kaum Quraisy ke rumahnya. Kemudian ia bertanya, 'Wahai saudara-saudaraku, adakah engkau mempercayai ajaran Muhammad?' Mereka semua menjawab dengan angkuh, 'Tidak sama sekali.' Abu Jahal berkata kepada Zinnirah.'Wahai Zinnirah! Kami adalah pemimpin kaum Quraisy, kami lebih pintar, kami lebih mengenali Muhammad daripada kamu. sudah jelas buatmu mana yang lebih benar, kami atau Muhammad?'

Seabagai seorang wanita, Zinnirah tidak berdaya untuk melayani sikap pemimpin-pemimpin Quraisy tersebut.. Dia hanya menyebut Asma' Allah yang Suci. Abu Jahal marah, lalu memukul Zinnirah dengan sebatang kayu dikepala. Zinnirah tidak dapat menahan kesakitan. Urat saraf dikepalanya putus dan telah mengakibatkan buta. Meskipun tubuhnya lemah, Zinnirah tetap beriman kepada Allah. Dia menyerahkan segala-galanya hanya pada Allah dan berdoa ' Ya Allah, kuatkanlah keimanan hambaMu yang lemah ini.'

Pelbagai usaha dilakukan Abu Jahal untuk memujuk Zinnirah kemabli kepada ajaran nenek moyang mereka. Kekerasan dan penderitaan yang dikenakan langsung tidak berhasil. Abu Jahal akhirnya memujuk  dengan lembut dengan berkata ' Kembalilah menyembah Latta dan Uzza, wahai Zinnirah. Janganla engkau menuruti hatimu sendiri.' Zinnirah pun berkata ' Aku tidak akan kembali menyembah batu-batu yang tidak bernyawa itu. Jika Allah menghendaki, mudah sahaja bagiNYA memulihkan penglihatan ku'.

Abu Jahal kecewa. Dia menyuruh pelayannya mendera Zinnirah dengan keras. Dan dengan izin Allah, kedua mata Zinnirah pulih dan dapat melihat kembali setelah dipukul berkali-kali. Kejadian yang aneh itu telah mengejutkan semua orang. Abu Jahal yang angkuh berkata ' Ah! ini semua sihir dari Muhammad.' Zinnirah mengucapkan hamdalah atas nikmat kurniaan Allah ini pada nya.

Penderitaan yang ditanggung Zinnirah berakhir apabila Sayyidina Abu Bakar menebusnya dengan harga yang mahal. Kekecawaan Abu Jahal telah membuatnya rela melepaskan Zinnirah setelah pelbagai usaha dilakukan, namun sedikit pun tidak berjaya.

Gembiralah hati wanita syurga ini kerana penyiksaan telah berakhir. Zinnirah hidup seiring dengan wanita sezamannya merima pengajaran-pengajaran daripada Rasulullah dengan tenang dan aman.



Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...