Skip to main content

MEMORI UKHUWAH FILLAH...part 2

Sambungan...

Memori ukhuwah masih tersemat kemas dihati ini. Sinetron ukhuwah masih terus berjalan. Hubungan saya dgn Izzati semakin rapat. Orangnya baik sgt dan amat2 memahami. Hati dah mula rasa seronok duduk dalam kelas sebab dah ada kawan. Masa form 1 ni, memang tak ramai kenal dengan kawan kelantan. Majoriti kawan saya semua budak luar kelantan, Syahida = Pahang, Farzana = Selangor, Munirah = Selangor, Aimi = Selangor, Fatihah = Pahang, Amalina = Selangor, Masturina = Selangor, Wan = Selangor, dan satu-satunya sahabat kelantan yang join group kiteorg ni, Amalina (amal).

Dalam tempoh perkenalan dengan "dunia baru" ni, ALLAH telah takdirkan diri ini berkenalan dengan seorang insan yang amat disayangi bernama Nur Fareeha Aisha. Episod ukhuwah kami pada mulanya agak suram dan dingin. Mungkin disebabkan kekangan masa dan berlainan kelas menyebabkan kami agak sukar berjumpa dan berhubung.


Nur Fareeha Aisha..sayang kamo0!!


Che a,gelaran yang kami bagi kpd tuan empunya diri ni. Mcm mn boleh jdi che a pon saya tak tau. Tapi bila direnung balik,agak mesra juga panggilan tu. Orang dia nmpak rileks je,tp kalau dapat arahan dari cikgu siti (guru penasihat PRS) mula jadi kelam kabut. Masa tu,che a tak akan perasan orang lain, khusyuk dgn kerja dia. Insan ini juga mengajar saya erti persahabatan. Syukran sebab dah banyak mengajar erti persahabatan keranaNYA. Terima kasih kerana masih yakin dgn nilai cinta dan sayang dari sahabatmu yang dhaif ini.

Form 2, saya dilantik sebagai naibah (penolong ketua kelas). Raidah saya, Norshahirah Shamsuddin. Mula-mula susah jugak nak rapat sebab tak kenal sangat walaupun tahun lepas dh sekelas. Tengok je muka shahirah ni terus rs takut sebab tuan empunya diri ni,susah skit nak senyum (masa tu,jgn marah sha..hehe). Dalam hati,terbayang-bayang perwatakan cik raidah ni. Dah start fikir mcm mn nak berkomunikasi dan nak rapat. Nak tak nak kena juga berbaik dan rapat. Akhirnya Alhamdulillah, ALLAH permudahkan segala urusan.

Saya cuba jadi naibah terbaik untuk sha. Walaupun kami diuji dengan pelbagai kerenah sahabat-sahabat sekelas tetapi ujian ini lah yang menjadi asbab kepada keakraban hubungan kami.


Norshahirah bt Shamsuddin. Pembantu peribadi..hehehe
  Pesanan insan ini masih terpahat dihati, "Fiqah,don't give up.. Cikgu buat mcm tu sbb cikgu nak suruh kita usaha."Kata-kata yang nmpak biasa pada pndangan orang lain tapi betul-betul meresap ke hati. Thanks sha. Dengan kata-katamu ini, aku bangkit dari jatuh. Selamat berjuang di bumi Darul Quran.

Bila dah mature sikit,naik form 3 mula terlibat dengan pelbagai program dakwah dan kepimpinan sekolah. Disini, diri ini belajar apa itu dakwah, apa itu tarbiyah. Belajar apa itu kepimpinan, diajar mentadbir dan ditadbir. Terlalu manis. Terlalu sukar untuk dilupakan detik-detik indah saat ini.

Kak-kak senior mula beri kepercayaaan untuk menghandle program-program dakwah dan tarbiyah sekolah. Terasa begitu kerdil diri. Masih banyak perkara yang perlu diri ini selongkar,belajar dan menghayati. "Untuk menyentuh hati-hati para mad'u, kita perlu menggerakan hati kita kepada Sang Pencipta dahulu."Pesan seorang kak senior.

Berada dalam biah solehah, serasa begitu mudah diri mengikut rentak sahabat-sahabat yang terlebih awal mendahului diri ini mengenal erti perjuangan.



Wan Aina Mardhiyah...Pembangkit semangatku!!!


Nur Arifah..Kata-kata dan senyuman yang sering buat diri rindu...


Qanitah..Kekuatan ku padanya!!!

 Aina ( mek na), ketenangannya sering buat diri ini tenang. Trademark yang tak pernah dilupakan setiap kali ujian atau masalah menjenguk kami "takdok gapow2,insyallah ALLAH mmudoh blako. Kito pakak2 doa". Sahabat kerana kamu, aku berdiri bertulangkan kekuatan ukhuwah yang sering kau tiupkan dlm diri ini. Sering keyakinan ku goyah terhdp ukhuwah fillah, kau hadir bersama kekuatan rohmu dan berkata, "segalanya datang untuk menguji keutuhan ukhuwah kita,yakin dengan hati insan yang fiqah sayang juga amat menyayangi fiqah."

Arifah (che pah), terlalu humble. Tak suka menyusahkan orang. Setiap kali che pah bersuara, senyuman pasti tak lekang dari bibir. =) . Che pah seorang yang amat komit dgn tugas yang diberikan. Usrah sekolah juga dihandle insan cute ni. Hari rabu, kami maklum. Arifah tak kan buat kerja lain melainkan kerja-kerja usrah. Saya sebagai ajk usrah, membantu sekadar mampu. Tapi setiap kali nak tolong, Che pah mesti ckp " Fiqah boleh buat ke? takpe la,biar saya buat. Fiqah kan tak sihat".Jawapan saya yang pasti, " Che pah tengok saya ni tak sihat ke? Saya boleh buat la."Rindu nak gaduh dengan awak che pah. Ikatan kita sentiasa tersemat kemas dlm hati ni.

Si kembar Hazamin In-Team ni pula, memang pemurah dengan senyuman. Saya amat menyayangi Qanitah. Perkenalan ketika ting.1 masih tersisa. Ikatan yang agak dingin ketika ting1 dahulu, telah kami hangatkan dengan "menyambung" sinetron ukhuwah kami dengan lebih rapat menjelang umur kami 16 tahun. Bersahabat dengan tuan empunya nama yang unik ini, sesuatu yang amat berharga. Qani, setiap kali air mata Qani jatuh,setiap kali itu juga hati ini terluka. Mahu saja diri ini menggantikan tempat mu,tetapi perancangan ALLAH lebih baik. Dipilih dirimu untuk diuji dengan ujian yang tidak kami lalui. Dipilih dirimu untuk menghadapi kesulitan sementara yang diselit kemanisan yang tiada tara. Moga hubungan ini kekal hingga ke syurga.

Selama ini, saya hanya mengikut arahan ajk-ajk program yang telah disediakan. Tetapi kali ini, saya yang perlu merangka modul-modul pengisian program, memikirkan keadaan anak buah, mencuba pelbagai cara terbaik untuk mengajak mereka bersama "iqamatuddin wasiasatu ma'ahad bih"... Aduh!!! terasa berat beban amanah yang di lemparkan. Disaat air mata menemani,datang insan-insan yang sudi menghapus sisa-sisa titisan ini. Walau hanya kata-kata,namun ia cukup membantu diri ini bangkit membina kekuatan diri kembali.

Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be