Skip to main content

3 IDIOTS

 بسم الله الرحمن الرحيم و صلوا على النبي ‎ 

PERSAHABATAN.. 
Satu patah perkataan yang mampu mengubah pelbagai rasa dalam kehidupan. Syabas diucapkan kepada filem 3idiot kerana telah berjaya membuatkan air mata saya berguguran dengan senangnya. :)


Filem Hindustan yang dibintangi oleh pelakon-pelakon non-muslim tetapi membawa mesej ISLAMIK. Mungkin saya agak ketinggalan kerana filem ini sudah lama ditayangkan, cuma baru kini saya berkesempatan untuk menontonnya (maybe sebab saya bukan pelayan movie, baru terlintas nak tengok..huhu). Walaubagaimanapun, saya tetap nak share apa yang saya dapat dari filem tersebut. :)


Sebelum saya bercerita tentang persahabatan, suka untuk saya kongsikan bersama tentang beberapa pengajaran dan nilai murni yang sempat saya titipkan sebagai titipan untuk diri dan sahabat-sahabat. :)


Rancho, Raju dan Farhan, 3 orang sahabat baik yang terpaksa menempuh pelbagai kesusahan dan cabaran hidup demi mengejar sebuah cita-cita yang diimpikan. 


Rancho, berpegang pada prinsip, "jangan kejar kejayaan kerana kejayaan akan mengejar kamu" dan "katakan semuanya baik". Jika dapat kita kaitkan prinsip pertama dengan kehidupan sebagai muslim, kita akan temui nilai keilklasan dalam menuntut ilmu. Islam mengajar kita ikhlas dalam melakukan semua perkara.  Apatah lagi dalam urusan pembelajaran. Sekiranya kita ikhlas dalam menuntut ilmu, pasti kejayaan akan mengejar kita. Semua ini jelas sebagaimana hadis Rasulullah yang berbunyi, 


إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.
 ( Hadis Sahih Bukhari dan Muslim )

Tidak bermaksud, saya mengajak sahabat-sahabat untuk terus mengejar kejayaan secara membabi buta, namun disini, saya ingin kita sama-sama cuba menghayati erti "ikhlas" dalam kehidupan kita. :)

Biar keikhlasan mengiringi setiap matlamat yang ingin kita kecapi sebagai tanda kita seorang MUSLIM dan MUSLIMAH yang MU'MIN dan MU'MINAH. Moga kejayaan mendapat berkatNYA.

"Think Positive"
Nampak mudah, tapi tak semua mampu melakukannya. Tambahan pula, saat minda dan hati sarat dengan pelbagai ujian dan cabaran yang diberikan Allah menduga.

"Kamu adalah apa yang kamu fikirkan"

Selagi Allah bersama kita, selagi itu kita mesti yakin pada ketentuan Allah. Sebagaimana contoh yang dibawakan oleh Rasulullah ketika Abu Bakar menyatakan keresahan saat orang Quraisy sedang mencari mereka yang bersembunyi didalam Gua Thur, bersabda Rasulullah, "Hai Abu Bakar, apakah yang kau bayangkan terhadap dua orang sedangkan yang ketiga adalah Allah ? ". Lihat betapa kuatnya dan yakinnya Rasulullah pada ketentuan Allah. Bukti kepercayaan dan keimanan yang tinggi kepada Allah mampu mengubah segalanya (disamping usaha yang terbaik). Insyallah.

Raju. Seorang yang banyak berdoa, memohon pada tuhan agar diberikan kejayaan dan sentiasa merayu untuk dipenuhi hajatnya sedangkan dia seorang yang penakut untuk mencuba. Memberi gambaran pada kita bahwa, doa dan bermunajat semata tak menjanjikan apa-apa. Allah menilai pada sejauh mana usaha yang telah kita lakukan untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Sabda Rasulullah yang bermaksud,

Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas..
(Riwayat Muslim)
Jelas menunjukkan bahawa, Islam tidak mengajar umatnya untuk terus berserah tanpa dimanfaatkan kurniaan yang telah diberikan Allah kepada kita. Sebaliknya, Islam menyuruh kita untuk saling memanfaatkan nikmat-nikmat yang telah diberikan dengan baik. Jadi, mengembaralah kita ke seluruh pelusuk dunia untuk mencari redhaNYA dengan sepenuh tenaga dan kudrat yang diberikan.


Si Farhan, seorang anak yang taat pada ibubapa. Berusaha membuatkan ibubapa gembira dengan apa yang dilakukannya walaupun ia bertentangan dengan keinginan hatinya. Tetap berlaku sopan, tidak meninggikan suara, dan bercakap dengan suara yang lebih rendah dari bapanya saat memujuk sibapa untuk memahami hasrat hati dan impian yang ingin dikecapinya. Masyallah. Amat-amat tersentuh. (airmata tak benti-benti mengalir part nie..  ^_^ )


Tiba-tiba, saya jadi teringat pada umi dan abi di Malaysia. Umi, Abi, maafkan kekasaran dan keterlajuran anakndamu ini.. Anaknda janji nak jadi anak solehah yang akan memakaikan mahkota daripada mutiara diSyurga kelak.. Insyallah.. :)


Dan kini, kisah persahabatan. 


Kisah pengorbanan dan kasih sayang yang terjalin diantara mereka telah mengusik jiwa sensitif saya. Beberapa kali terketuk dengan part-part yang membawa minda kembali mengimbau memori indah di bumi tarbiyah MMP. Rindu. Hanya itu yang terungkap.


Usaha mereka untuk menyelamatkan sahabat yang hampir-hampir membunuh diri, kekuatan nilai persahabatan yang menjadikan mereka saling memotivaikan diri serta keutuhan ikatan bagaikan satu keluarga. Meringankan beban sahabat, sentiasa memberi dorongan membina dan tidak mementingkan diri sendiri. Nilai-nilai inilah yang sering diungkap-ungkap untuk membina jambatan ukhuwah fillah. Bukan tercemar dengan perasaan hasad dengki, saling berprasangka buruk dan mementingkan diri sendiri. Islam telah memberi garis panduan yang amat sesuai, selaku kita penganut agama Islam untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Indahnya Islam !!!


Melihat setiap adegan yang bermain, membuatkan saya kembali terimbas kenangan, saat sahabat-sahabat datang ke hospital hampir dua tahun yang lalu. Memberi seribu satu kata-kata semangat agar diri tak rebah ditengah jalan. Saat kalian mencipta kalimat taujihat sebagai suntikan semangat untuk terus thabat dijalan ini. Juga, teringat, saat kalian mengenggam tangan dan memeluk erat diri ini, dengan lafaz uhibbuki fillah. 


Tiada ganti !!! Hanya kalian dihati ..


Dalam persahabatan, nilai kasih sayang amat penting. Tanpa kasih sayang, semua jadi suram. Tiada warna-warni dalam sebuah ikatan. Mungkin bakal mengundang sakit dan kepahitan yang terpaksa ditelan. Meski lidah terasa jangkal untuk menelan. 


Akhirnya, istimewa buat sahabat-sahabat fillah yang sentiasa dirindui dan disayangi kerana Allah semata. Hadiah dari hati, buatmu, Teman..

Sahabat, 
Biar jasad memusnahkan harapan untuk bersama,
Jangan dikau lupa pada kuatnya kiriman doa,
Biar hati terpaksa menanggung derita,
Jangan dikau lupa pada janji yang diikat setia,
Biar airmata menjadi pememan dikala malam menyapa,
Jangan dikau lupa pada sinar mentari yang menjanjikan bahagia,

Kerna,
Selagi nadiku berdeyut,
Selagi fikiranku tidak hanyut,
Selagi diriku tak dirampas maut,
Nama tetap disebut-sebut.

Sahabat,
Tak ingin aku melihat dikau pergi,
Tanpa memimpin tangan ku ini,
Untuk sama-sama kita mengejar cinta ILAHI,
Demi meraih redha yang dicari..

Sekian. Wallahua'alam.

Comments

hana said…
k.fiqah....
tgok citer kurbaan pulak...
pahtu download...
then citer kat org..
eh..eh..eh..
:)
afiqah rozalie said…
aish adik sorang nie .. k.fiqah bz skit la skang nak exam final .. insyallah lps nie, cuti nnti, k.fiqah tgk yer .. ^^

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be