Skip to main content

Allah sentiasa ada.!!

Bismillah.

Seminggu menyepi. Macam biasa lah alasan, "Bukan taknak menulis, tapi tak sempat." Heh punya alasan. Lapuk. Kali nie, bukan tak sempat, tapi dah seminggu terperap kat rumah. Tak mampu bangun pergi kelas. SEMINGGU k. Seminggu. Owh sangat sekejap dan sangat lah bestttttt. Memang Yarmouk tu my keturunan nenek moyang punya pun. Haih.

Entah. Malas nak ulas pasal kesihatan yang ting tong nie. Apa nak jadi, jadilah. Kalau hidup, kita hidup. Kalau mati, minta Allah ampunkan dosa dan pandang hambaNYA nie dengan kasih sayang. Bukan dengan benci. Please my Allah.

Nak dijadikan cerita, Khamis lepas, pepagi lagi dapat voice mail dari umi minta call segera. Dalam otak macam2 yang difikir. Moga bukan berita musibah. Moga moga. Disebabkan pagi tu ade exam, so, call lambat sikit. Taknak kacau emosi seorang Afiqah yang nak exam nie.

Lepas exam, terus call. Ikut hati terus nak tanya, "Kenapa umi.?" Tapi digagahkan diri tanya kaba dulu. Hehe. Then umi slow slow mulakan topik perbincangan yang umi nak sangat cakap tu. The first question yang umi tanya, "Kakak, cuba cerita kat umi betul betul (dalam hati apa yang betul betul nie), kakak nak belajar lagi ke atau memang nak stop belajar.?" (fuhhhhh. lega. bukan cerita lain.) Dalam masa yang sama, hati tetiba sayu. Sebak dah sebenarnya. Tapi budak macho like me nie memang susah la nak nangis depan umi. Cover suara, then jawab, "Nak umi. Tapi kes sakit nie je yang buat down sikit."

Dapat satu lagi benda sentap bila umi respon, "Okay, kalau macam tu kakak buat pilihan, nak terus belajar Jordan atau balik, sambung sini.?" Kali nie, sebak dah tak tertahan. Tapi sebolehnya cover bagi umi tak tahu tengah nangis. Lama aku biarkan soalan umi tu. Lama jugak aku just respon "hmmm" (Ada orang sangat marah kalau aku jawab hmmm nie. hahaha)

Jujur. Aku tak mampu buat keputusan saat tu. Just minta dengan umi masa. Umi bagi masa 2 3 hari je sebab umi cakap kena cepat, senang nak buat urusan. OMG sangat la kan 3 hari je. TIGA hari k. Otak serabut. Tapi stay cool je lah. Sempat borak and ngumpat ngumpat sikit pasal sikecik kat rumah tu.  Haha.

Back to our topik. Isu perpindahan. Entah la. Ikut hati malas nak cerita. Tapi kena lah kan. Masa depan. Bukan boleh buat memain. 3 hari tu jugak sibuk tanya orang sana sini. Sibuk fikir itu ini. Sibuk cuba tenangkan fikiran dan jugak sibuk main dengan airmata. It's normal bagi seorang Afiqah main dengan airmata.

Terlalu macam macam benda yang difikir. Nak stay, rasa tak mampu sangat dah sebab dah berminggu pergi kelas ikut suka badan. Dengan exam entah ke mana. Dengan study & pelajaran pun merapu. About a month nak final. Memang merapu sangat lah kan. Kalau ambik jugak exam, wallahua'lam jadi apa. Serious risau fikir.

Tapi, if balik is my pilihan, lagi la banyak benda nak kena fikir. Nak sambung mana. Nanti sambung tu kena from beginning atau boleh masuk tahun 2 atau 3 takde la nanti grad tua sangat. Haha. Then, how can i find manusia sebaik Sayyidah and Kak Soli yang tak pernah merungut jaga aku sakit. Yang sentiasa peluk aku time aku tengah  down. Yang sanggup terima baik buruk aku dengan sepenuh hati. Yang akan selalu betulkan salah silap aku. Dan rajin layan mood aku yang pelbagai nie. Ya Allah. No one can replace uolls punya tempat dihati nie. Dan benda yang paling aku fikir, betapa aku dah hancurkan harapan umi abi nak tengok sorang anak dia grad from University Yarmouk. The most important in my life is to see the happiness with the best smile form your face umi abi. Dengan malunya nanti ya Tuhan tak boleh gambar perasaan nie.

But, when i was adivised from all people yang tahu pasal nie, semua cakap, "Tak payah dengar apa orang nak cakap. Letak tepi je semua tu." Sound very very simple kan. But, aku tahu aku tak kuat. Heh. Belum cuba belum tahu piqah.

After 3days yang umi bagi tu, aku still takut nak buat keputusan. Minta extend. Umi redha je. Haha. Yelah. Benda berkait rapat dengan kehidupan. Dengan masa depan. Dan jujurnya, aku dah sampai ke kemuncak hampir mengangkat bendera merah tanda menyerah kalah dengan kehidupan. Sungguh. Aku tak sanggup. Sampai la pagi tadi, my johan a.k.a my mokmok (panggilan manja) adik yang kedua anak ketiga dlm family whatsapp. Niat dia whatsapp pasal benda lain, tapi dah kakak tengah serabut, kita masuk terus topik tak best nie.

Tersedu sedu sambil taip mesej. Habis segala benda aku curahkan. Tak fikir apa dah. Sampai Sayyidah datang nak tenangkan. Tapi kalau dah menangis mcm anak kucing mati tu, memang susah dah nak pujuk. Haha. Kesian Sayyidah. Hampa tak dapat pujuk.

Tak lama pun borak, tapi aku sempat luahkan segala isi hati. Sampai terkeluar " Baik aku mati je lah. Senang. Tak susahkan sesapa."

Then she reply, "Kakak, sejak bila pandai fikir benda tak rasional nie.? Istighfar cepat." And bermulakan sesi kaunseling dia yang kalau orang lain baca maybe nampak macam "asal kau ber'aku kau' dengan adik sendiri".? Suka hati aku lah. Dalam keadaan tak sedar plus aku rs benda tu paling dekat dengan aku time tu. Janji aku ade adik yang nak pujuk aku. Haha.

When she said that "no one know your stories, they don't deserved to speak." Lagi laju haaa airmata disubuh hari. Dia cakap jugak, yang dia percaya aku mampu lalui ujian nie. Dan aku beribu kali terdeep dengan segala ceramah tak berbayardia tadi. Crying non stop with all my heart (ewwah.!!) Dan akhirnya aku tertidur dalam kepenatan dan skip lagi lah kelas hari nie, Bila sedar, sakit masih tersisa dan berbaur penyesalan yang tiada penghujung. Memang tiap tiap hari macam tu. Time nak pergi kelas, tak mampu bangun, sakit sana sini. Dah habis kelas, mula la menyesal bagai. Benci.!

Bila fikir balik, betul apa yang my sis cakap, "malu sikit nak down, orang lain ujian lagi berat dari kau lah kakak." Aku cepat sangat nak menyerah. Cepat sangat nak melatah. Allah testing sikit je. Dah nak layu lah, Mati lah. Gaya mcm best je mati tu. Haih. Nasib baik adik tengah mood baik. Dia bagi kaunseling. Buatnya dia buat hal jugak tadi, layan tak layan aku, sah jiwa kacau 10hari. Haha. Thanks Allah for giving adik yang baik. Nie kalau dia baca, kembang sejuta lah.

So, for semua orang kat luar sana, please jangan cepat putus asa. Minta sungguh sungguh kat Allah, kuatkan kita. Bukan lemah. Dan jadikan ujian nie sebagai wasilah untuk kita lebih dekat dengan Allah. Bukan menjauh. Mintak jugak, dengan berkat sabar dan ketahanan kita tu, Allah ampunkan segala dosa kita. Allah pilih kita untuk hadapi ujian yang berat. Allah pilih sebab Allah tahu kita mampu. Husnuzhon pada Allah. Dan percaya lah, Allah tak pernah tiggalkan kita sendiri. Okay. Can give me one smile on your face.? 1, 2, 3. Smile.!!

Orite.!! Sangat beautiful. Masyallah.

See. Masih ada hari esok yang menanti. Atau mungkin, esok datangnya pelangi mewarnai. Tunggu. Penantian kita takkan sia-sia. :)


Maybe setakat nie yang aku boleh share. Bukan lah bermaksud nak cerita segala ujian yang alahai sebesar kuman nie biar semua tahu betapa terseksanya jiwa aku sekarang, bukan. Sekali lagi, BUKAN. Aku just cerita, kot2 boleh bantu orang yang senasib dengan aku. Tapi yang paling penting, aku menulis untuk diri aku sendiri. Mana tahu 10 tahun akan datang, aku dah bahagia ke atau makin teruk keadaan, aku still boleh baca perjalanan takdir yang Allah buat untuk aku nie.

Allah sentiasa ada.!! Ingat tu.

Have to go.

Da.!!!! ^_^

-AfiqahRozalie
-Irbid,Jordan
-5Dis2014
-1.25a.m

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be