Skip to main content

Geli Geli

Bismillah.

Rindunyaaa. Lama tak menulis. Nak menangis dapat typing by lappy. Haha. Over. lappy tertinggal rumah kawan hari tu, so for few days tak sempat nak ambik. Maka, tak terbuka lah blog. Kehkeh

Actually, nak share satu benda. Something yang macam jiwang sikit kot(?)

Tipu lah kalau kata dalam fatrah umur nak mencecah 22tahun takde feel like nak bercinta kan. Fitrah la untuk semua orang. But my story is totally lain sikit kot. Okay bajet.

Siapa yang bertahkta dihati or sapa yang dah mampu curi hati nie, bukan persoalan yang penting. Persoalan sekarang, how can i manange my feel nie to be very behave to avoid something yang tak patut. Haaa. It's something yang susahkan. Yes. I know. Bahasa remaja, susah gilee.

Let say you seorang yang susah nak jatuh hati, suddenly you jatuh hati kat seseorang without not very sure why must he/she.? Atau, you dah tahu perangai dia macam mana, tapi you still boleh consider and think like "manusia boleh berubah dan akan berubah". Or you can think like "Aku pun tak sempurna dan banyak buruknya."

Ke sekarang nie aku boleh applicationkan ayat "Cinta itu buta" untuk situasi aku sekarang.? Hahaha.

Actually, iolls rasa geli nak cakap pasal nie. Geli geli sikit je lah.

Tak tahu nak rujuk sapa bab nie. Cinta ke suka.? Haha. Wehhh, malunya cakap pasal nie. Sumpah la malu. Tapi, nak tulis jugak. Haha

Dalam fatrah nie aku cuba sehabis daya berlagak nothing happen. Even jiwa aku selalu je menjerit sakit. Rasa nak stopkan segalanya. Sebab aku bukan lah seorang yang mudah jatuh hati, mudah percaya orang, mudah nak rasa yang geli geli kat orang. Tambah pulak dengan ego yang tinggi memuncak kalah Gunung Everast. But, untuk sekarang nie, rasa hati tu mcm sutera lembutnya, macam bihun rapuhnya. Alahai. Jiwang sangat. Tapi, takde la merapu macam orang hilang otak kan. Still boleh fikir dengan baik dan cerdas, sometimes. Haha.

Entah. Sekarang nie, kekuatan aku hanya ada pada doa. Doa yang tak siapa pun boleh halang untuk aku doa. Takde sesiapa pun yang boleh komen doa aku. Hanya aku dan Allah. And si dia yang aku doa. Dalam tiap doa tu, aku minta segala gala kat Allah. Sampai tahap aku rasa macam aku nie lemah sangat. Lemah yang teramat sangat depan Allah. Malu nak minta macam macam. Tapi, aku tahu Allah Maha Mendengar. So, aku tak pernah anggap doa aku tu simple even apa yang aku minta tu nampak simple.

Untuk adik adik yang ada terbaca blog hakak nie, hakak nak pesan, cinta is not about how many time have you spend time with your love. Not about, how many time have tou text him/her. Not about how many present that you have got. It's about, how you handle yourself with Allah.

Aku percaya benda tu. Dalam fatrah aku yang "gila gila" nie, aku sangat rasa hanya Allah yang faham dan tahu isi hati aku. Even berjela pun aku potpet dekat ahli rumah aku pasal hati, pasal perasaan aku. Tapi still Allah is the best. Bukan nak tunjuk poyo nie atau bebajet alim. Wallahi tak. Tapi, betul. Try korang cuba, bangun sebelum subuh, tak payah awal sangat. Sipi sipi nak masuk subuh tu, bangun then solat 2rakaat. Kalau jenis malas macam aku nie, bangun lambat sikit, bunyi azan kedua tu kalau rajin bangun, kalau malas, masuk azan subuh baru bangun. Time tu, try solat dua rakaat before solat subuh, sambil minta sungguh sungguh dengan Allah. Serious. Feel dia lain. Macam rasa tengah mengadu kat mak, mak tengok muka kita dengan kesian. Pastu kita pun ternangis sebab rasa sebak.

Aku nie, bukan sesapa. Aku bukan tuhan yang mampu pegang hati dia untuk terpaut dekat aku. Bukan jugak malaikat yang mampu menarik hati dia untuk dekat dengan aku, apatah lagi bukan bidadari yang mampu buat dia jatuh cinta kat aku. Aku hanya manusia biasa yang sama macam orang lain. Ada hati, ada perasaan, ada buruk dan baik. Sama je. Aku berani minta kat Allah dan aku nak minta sebab aku yakin Allah tu takkan sia siakan aku.

Pernah aku mengeluh untuk stopkan semua nie, sebab aku tak sanggup berperang dengan hati sendiri, tapi kawan aku cakap mcm nie, "Fiqah, kenapa nak korban kebahagiaan sendiri kalau kita mampu usaha yang terbaik untuk kebahagiaan tu." Deep kan. Hmm. Aku termenung jugak time dia cakap mcm tu. Sebab pada aku, aku tak layak dpt bahagia tu dengan kondisi aku yang kurang sihat mcm nie. Tapi, kita still tak tahu takdir masa depan tu macam mana kan. So, aku cuba. Aku usaha.

Cuma, pengharapan aku masih di level yang "aku kena sedar siapa aku." Not to very hope. Not to very lost. Haha. Moga ada bahagian aku yang Tuhan dah janjikan. Insyallah. Ameen.

So sekarang dah lewat, i have to go. Nanti kita sambung sembang yer.. Bye.

hashtag pray4me. Kahkahkah

#Afiqahrozalie
#DiwarNaseem, Irbid, Jordan
#24Dis2014

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be