Skip to main content

Selamat pengantin baru abang.!

Bismillah.

This is the day. Dulu pernah tanya dia, "Abang, kalau orang kawen dulu, abang sedih tak.?" Dia jawab, "Sedih la. Bukan senang nak lepaskan adik sorang nie kat orang lain." Time tu terus rasa sebak. Rasa mcm ada abang. Time tu jugak terfikir, kalau abang pun sedih, abi mesti lagi sedih. Tapi, tu cerita dulu. Beberapa tahun yang lepas. Kisah hari nie, abang yang kawen dulu. Meninggalkan adik dia sendiri. Ya Allah. Nak nangis. 

Sempat gurau dengan dia kat whatsapp sebelum akad nikah semalam, "sedihnya.. Lepas nie takde dah abang kita..." Dia buat muka je. Heh punya abang. 

Sedih sangat sebenarnya. Mesti korang tertanya, bila masa pulak Afiqah nie ade abang kan.? Dah tahu dah soalan tu. Act he is my BFF of cousin. Haha. Over ayat. Tapi, sebenarnya, betul lah. Dia lah abang yang tahu everything about me. Tapi ade jugak la yang rahsia. Semenjak dia bertunang, kita rasa lain. Rasa abang dah berpunya, terus tak banyak share dah dengan dia. Bukan tak share, cuma dah start kurangkan lah nak 'bermanja' tu. Bajet dia busy dgn si tunang. Haha. Tapi still cari dia jugak kalau otak dah buntu nak fikir and still jadi adik untuk dia. Kalau dah start membebel tu, memang dia diam je dengar adik dia membebel. Bagus abang nie. Susah nak cari kat pasaran. Hahaha. 

Jujurya lah, sangat sayang kat dia. Kalau adik beradik nie, memang dah lama balik semata nak pergi tengok dia akad nikad. Waaa. Abang dah jadi suami orang. T.T 

Macam mimpi. 

Nanti balik tak dapat dah nak dating macam sebelum sebelum nie. Takde dah orang nak hantar and ambil kita kat airport. Takde dah orang nak layan kita time kita tengah down yang macam tak ingat dunia tu. Takde dah orang nak hai hai kat whatsapp kita tanya dah sihat ke belum n blaa blaa. Satu lagi, nanti kita balik, takde orang dah nak dtg tidur rumah lepas tu minta siapkan tempat tidur dia sambil kena hidangkan nasi dan lauk pauk semata nak layan dia balik kelas. Will miss it.

Bakal merindui semua benda lah bro. :( 

Okay. Sebelum korang salahfaham yang macam terlintas kat fikiran, "Fiqah nie rapat gila dengan sepupu dia.. Boleh nak dating bagai.. Sepupu je bukan adik beradik.. " Meh sini nak kabo. Relationship kitaorg just sebagai adik dengan abang je k. Sebab dari kecik lagi dah rapat. Lumba lari, mandi sungai, melepak ulang alik kat markaz pas time kekecik dulu. Segala benda nak buat sama sama. Pernah sekali, request kat umi nak tidur sekali dengan dieorg sebab tak puas main. Nak main game sambil baring. Memang tak la dapat kelulusan. Direject tanpa belas kasihan. Haha. Lol punya budak. Nak tidur dengan orang lelaki. Makcik makcik selalu sebut, "Korang nie dah macam adik beradik. Cuma tak boleh bersentuh je lah. Tak lalu dah kan nak kawen sesama." Hahaha. Memang tak la. Dah tahu perangai baik buruk. Dari zaman hingusan sampai dah tua nie. Bukan zaman hingusan, tapi dari dlm perut dah sempat main hai hai dah. Hahaha. So, thats why lah sampai ke beso nie haa dah macam adik beradik.

Dah. Sedih ingat pasal kenangan nie. Banyak sangat. Heee. 

Mujur time balik hari tu sempat spend time dengan dia. Siap ada kes lagi. Haha. Siap bagi segala amanat dan wasiat sebelum kawen. Hee. Apapun, just nak wish, moga Allah berkati abang n kak ika. After penat abang usaha segala galanya untuk dapatkan kak ika, please jangan sia siakan dia. Be the best n good husband to her. Jadikan Al Quran n sunnah pegangan n panduan dalam kehidupan rumahtangga nie nanti. Moga abang mampu perform dengan terbaik dihadapan Allah nanti. 

Rasa dihargai sangat bila abang cakap, kita orang first yang abang kenalkan dekat kak ika. Serious, rasa adik yang disayangi. Cewwah. Kita pulak excited. Tapi tak sangka seawal nie abang kawen. Tinggalkan kita. Heh. Geram naw bab nie. Janji nak kawen sama2. Apa lah. Tak tepati janji. Takpe, nnt abang tolong carikan calon untuk kita tau. Nak yang hensem, yang kaya ada banglo, yang suara sedap boleh nanyi untuk kita. Haha. Lol


Dah banyak rasanya membebel nie. Penat lah. Dah. Selamat pengantin baru my lovely bro Ahmad Firdaus Bin Osman with Kak Sukma Atiqah Bt Nazeli (betul ke eja nie.?). Barakallahulakuma. 


Gambar pengantin takde. Kita jual gambar nie dulu k. 

Bajet 'taken' padahal takde orang nak. T.T
Sila abaikan muka yang huduh tu sebab dah penat sangat time nie
Time nie dia dah fefeeling sebab time nie dah bertunang. Nyampah i. Dia yang ajak snap this pic. Katanya, lepas nie susah dah. Nyampah tak.???? Serious nyampah. hahaha. 

Okay. Cukup la menyampah kat abang sorang nie. Moga dikurniakan anak anak yang comel dan soleh solehah macam cik Nurul (panggilan baru. Bajet diluluskan) yer.

Teringat umi cakap time call minggu lepas, "Kakak, abang oak nak kawen dah. Padan la muka. Takde dah abang oak tu." Hampeh umi buat kita sedih. T.T

Bye abang. Selamat menjadi suami orang.!!! Nanti nak tuntut ilmu. :p

AfiqahRozalie
Irbid,Jordan
7.03a.m
enamDis2014

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be