Skip to main content

Nothing To Say

Bismillah.

Mengeluh panjang sambil terkebil kebil tengok keyboard. Tak tahu nak tulis apa walaupun dalam hati sarat seribu cerita yang nak dikongsi.

Aku dah terlalu jauh dari "jalan" aku yang dulu, saat semua ujian yang mendatang aku pandang dengan pandangan positif. Hingga saat nie, aku macam dah hilang arah. Hilang identiti diri. Menahan seribu rasa dalam diri tanpa meluah kepada sesiapa. Lebih selesa menyimpan dan memendam. Itu lah aku untuk beberapa tahun lepas hingga sekarang.

Aku akui, tak mudah melangkahkan kaki membuka mata untuk hari esok yang tiap saat dan detik aku risau dan rungsingkan. Aku seperti duduk dalam bayangan kehidupan yang menakutkan dan jauh dari apa yang aku inginkan. Tiap hari, berjalan dengan rasa takut. Menghadapi percaturan Allah dengan rasa takut dan lemas. Oh Tuhan

It's me.?

Aku tahu, itu bukan aku. Dan aku masih mencari 'aku' yang sebenar.

Aku tak minta lebih kepada Tuhanku, cukuplah aku dibekalkan iman untuk menghadapi semua ini dan mogaTuhan pandang aku dengan pandangan belas kasihan tanpa benci dan murka,

Tuhan, janjikan aku dengan pelangi indah dalam gumpulan awan yang gelap dan kelam agar aku masih mampu tersenyum dan hatiku kukuh mencintaiMU tanpa syarat. Umpama Ibrahim meminta ditetapkan hati dengan melibat sendiri kebesaranMU.

Mengharap belas kasihMU

#AfiqahRozalie
#12.17a.m
#11Dis2014
#DuwarNaseem, Irbid, Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be...