Skip to main content

Membebel

Bismillah.

Allahu Allah.

Level kekuatan dan ketabahan betul betul dah berada pada paras yang kritial. Mujur iman yang senipis kulit bawang ini masih tersisa. Jika tidak, mungkin telah tersasar jauh sang diri.

I know, i'm not perfect. Aku tahu, aku mesti cuba lawan 'penyakit' yang sedang Allah bagi nie. Aku tahu. Aku tahu, aku kena kuat. Aku tahu, aku kena sabar. Aku tahu, aku penentu kepada sihat sakit tubuh badan aku. Tapi,, aku tetap nak semua orang tahu, aku manusia biasa jugak. Manusia yang sama macam korang. Yang kalau demam, rasa nak merungut sakit kepala. Yang kalau senggugut, rasa nak tidur seharian dan mood hilang entah ke mana. Yang kalau injured main bola, rasa nak meraung satu padang bagitau orang betapa sakitnya korang time tu.

Dan aku pun tak jauh beza dengan korang. Ada rasa rasa yang macam tu.

Aku mengeluh bukan sebab tak redha, tapi terlalu sakit. Sampai tahap aku rasa taknak move on dengan hidup. Yeee, aku tahu aku salah. Sebab still mengeluh. Tapi macam yang aku cakap tadi, aku manusia biasa. Kadang2, time ingat, time iman tengah naik sikit, aku zikir tak berhenti sebut nama Allah. Sebab, aku nak Allah tahu aku sehabis daya nak usaha ingat dia terutama time aku susah dan sakit. (Maha Suci Allah dari sifat ketidaktahuan)

Bukan niat aku nak semua orang tahu aku sakit, nak semua orang simpati kat aku, nak semua orang rasa kesian kat aku. Tak. Aku taknak. Cuma, tolong jangan hina. Kalau taknak ucap syafakillah ke, get well soon ke, semoga cepat sembuh ke, salamtik ke, better diamkan je. Tak payah tuduh pape. Atau, kalau tak tahu apa punca aku selalu tak pergi kelas, selalu tak join program, selalu tak pergi meeting, tanya aku sendiri. Okay lah. Kot la ada yang malu nak tanya kan, boleh call je. Lagi senang. Owh, malu nak dengar suara, boleh mesej, whatsapp, takpun, DM terus kat twitter. Viber aku pun aku dah on balik. Telegram pun ada. Kalau malu sangat, meh tinggalkan komen kat sini. Nanti aku reply.

Entah. Aku macam hilang kata kata semenjak dua nie. Banyak tidur, tidur, tidur dan tidur. Sampai otak dah rasa bengap sangat. Hmm. Okay. Aku dengar apa korang cakap, "Dah tahu macam tu, tak payah la tidur. Bangun. Buat apa yang bermanfaat. Study ke apa." Terima kasih atas cadangan. Aku sentiasa doa, aku boleh buat macam tu. Sentiasa. Supaya hidup aku tak tersisa dengan hanya tidur. Insyallah. Doakan aku jugak k.

Dua tiga empat minggu nie, aku serabut sangat sebenarnya. Serabut dengan kelas, dengan exam, dengan bahas (assignment) yang aku rasa semua benda nie terbantut semenjak kesihatan aku merudum jatuh macam jatuhnya nilai matawang malaysia. Bila nak naik balik pun tak tahu. Tengah ikat perut sekarang.

Aku minta sahabat sahabat yang baca mende aku merepek nie, boleh tolong doakan aku. Doa aku sihat. Takpun, doa Allah ampunkan dosa aku satu persatu dan aku nie tak potpet potpet bila sakit. Biar jadi manusia bersyukur. Allah tarik nikmat sihat kat pinggang dengan kaki je. Bukan Allah buang pinggang dengan kaki kan. Tu pun bising. Huduh sangat perangai aku nie. Dan aku tahu hakikat tu. Diam lah. Ahahaha.

Saje membebel kat sini, biar nanti dah besar sikit, aku malu sendiri baca benda alah nie. Betapa tak maturednya aku hadapi 'penyakit' sikit yang Allah bagi nie.

Waaaa.. Tapi still sakit. :'( Ekceli (taip style pakwe sikit. kahkah), sekarang aku tengah sakit. Dua hari cuti (jumaat, sabtu) nie aku just terbaring atas katil. Habis boring, aku mengadap candy crush lepas tu aku layan whatsapp hamba Allah yang mana suka kacau usik usik aku tu. Haha. They made my day lah sebenarnya. Kalau dieorg takde, sunyi sikit kot hidup. Plus layan kak soli dengan sayyidah yang banyak gilaa perangai pun dah buat aku gelak sampai lupa sakit. Hahaha. Thanks and love a lot. Muahh.!!!

Dah panjang sangat nie aku membebel. Time kasih kepada yang sudi baca bebelan aku. Doakan aku please. Doakan aku yang lembik mcm sotong nie bak kata adik aku lah. Konghaja punya adik. Hahaha.

Bye. Allahu syaafi. بسم الله الدي لا يضر مع الصمه شئ فى الأرض ولا فى الأسمآء وهوالسمع العالم

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t

Kisah Tudung Labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi. Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Humaiya terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran . "Biar betul ibu ? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus." Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes. * * * * * * "Awak setuju dengan keputusan ibu?" Humaiya mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran. "Mestilah tak! Qis rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?" Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Humaiya pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang be