Skip to main content

Taknak Kawen

Bismillah.

Frust sangat hari nie bila azam minggu nie untuk tak ponteng kelas tak menjadi. Bangun punya awal, sebelum subuh lagi tapi Allah sebaik-baik perencana. Collapse jugak dah dekat dengan waktu kelas. Sedar-sedar rasa nak menangis. Mana taknya, dengan rasa sakit lagi. Masyallah. Teruji sungguh.

Exam pukul 2petang, bajet boleh lah bangun dan pergi exam. Tapi, still. Sakitnya pinggang nie YaAllah. Tak tahu dah nak mengadu kat sapa. Rasa loser sangat je hidup macam nie. Minggu lepas straight tak pergi kelas. Minggu nie dah sehari ponteng. Astagfirullah. Hilang kata kata nak diungkap. Rasa lost sangat Tuhan je tahu.

At the end, minta ahli bayt (housemate) call syabab yang biasa berubat dengan dia. Minta tolong datang dan rawatkan. And again, tak sedar. Entah apa yang dibebelkan tadi pun tak tahu lah. Lama syabab tu try tolong berinteraksi dengan "si peneman", degil dia, masyallah. Satu maklumat pun tak dapat. Dah dekat sejam, dua dua dah letih. Aku, si syabab tu dengan si peneman aku. Opss. Bukan dua dua, tapi tiga tiga. T.T

Selesai berubat, bincang sikit dengan kawan tu. Kali nie rasa lain sangat. Entah la. Macam macam yang aku fikir. Antaranya,'takde ke cara lain yang aku boleh buat selain dari kawen.?'

Tipu lah kalau aku cakap aku taknak kawen. Taknak ada keluarga sendiri. Tipuuuu sangattt. Tapi tengok keadaan diri dengan kesihatan yang macam nie, memang susah untuk aku decide benda bab kawen kawen nie. Aku fikir, akan ade ke orang yang sanggup terima aku dalam keadaan macam nie.? Then, sanggup ke dia bertahan jaga dan tolong aku untuk lawan penyakit yang Allah bagi dan tak pernah aku mintak nie.? Boleh ke dia, setia dengan aku sampai aku betul betul sembuh dan sentiasa bersama dengan aku walauapa pun yang jadi.?

Banyak sangat persoalan yang sampai aku rasa, aku tak payah kawen la macam nie. Sebab aku sendiri takut dengan keadaan aku. Sangat takut. :(

Just sekarang, aku hanya boleh berdoa dan terus berdoa. Moga Allah kuatkan aku. Tabahkan aku. Ampunkan dosa aku. Kukuhkan iman aku. Moga jugak, penyakit nie bukan penambah berat timbangan kiri tapi pengurang dosa dan pemberat timbangan kanan.

Soal kawen atau tak, 100% aku serahkan kat Allah. Andai Allah kata betul betul dah ada orang yang mampu bersama aku dalam susah dan senang aku, dalam sakit dan sihat  aku, aku terima dengan hati terbuka (kot. insyallah), tapi kalau tak, aku minta Allah bantu aku untuk tetap menjadi hamba yang taat buatNYA.

Actually, bukan nak sangat cakap pasal nie tapi aku dah penat sangat. Hampir semua orang suruh aku kawen dengan alasan nak 'usaha' biar aku sembuh dan sihat. Kalau nak cari pasangan tu ibarat makan aiskrim, takpe jugak. Sedap telan, Tak sedap bagi orang lain. Tak semudah tu. Nanti kalau dah kawen pun, kesian kat dia, terpaksa jaga orang sakit. Sangat la taknak susahkan orang yang kita sayang. Nanti mudah nak rasa bersalah. Dah la aku nie jenis mudah nak rasa bersalah. Hmm.

Penatnyaaaaaaaaaa......... :'(

Disebabkan hari nie takde mood sangat, so entry pun kene ikut mood aku jugak. Mood yang tak berapa best nie k. Sorry guys.

Btw, mohon doakan kesihatan Sakura. Moga Allah sentiasa lindungi dan pelihara. Ameen.

Love you all.

Esok tasjil (daftar) madah untuk next sem. Ingat tak payah tasjil dah, tetiba umi mesej suruh tasjil jugak. Berkecai jiwa. Tengah husnuzhon dengan takdir Allah. Moga ada nilai disisiNYA.

Have to go. Da.!!!


- AfiqahRozalie
- 9Dis2014
-7.06a.m
- Duwar Naseem, Irbid, Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...