Skip to main content

Kembara menuju Tuhan

Bismillah..

Seperti biasa, otak aku akan terus berfungsi dengan sangat aktif fikir benda yang tak sepatutnya fikir lepas tu tension. Haha. Nak diluahkan, macam tersangatlah pening sebab tak tahu nak tulis cerita yang mana satu. Pening dan sungguh memeningkan dan itu lah aku. Redha. Lol.

Tapi aku decide untuk summarykan semua kisah yg bermain difikiran nie dalam satu luahan. Nak baca, bacalah. Moga ada manfaat.

Sukar mengejar Tuhan.

Makin aku cuba mendekati, makin aku rasa teruji. Makin aku cuba meraih simpati, makin aku rasa terbiar. Makin aku cuba menyerah diri, makin aku rasa dibuang.

Banyak kali aku tersadong di atas pentas dunia nie. Entah berapa kali jugak aku terjatuh dan terjatuh. Pernah je rasa biarlah jatuh taknak bangun dah. Lumrah aku sebagai manusia. Berputus asa sebelum dapat mencapai bintang. Haha

Tapi, siapa aku untuk menafikan firman Allah, mafhumnya, "sekali kau melangkah kepadaKU, seribu kali akan AKU mendekatimu."

Siapa aku untuk menidakkan semua tu.

Persoalannya, aku buat untuk siapa. Betul2 mendekat kerana yakin Tuhan ada dengan aku setiap masa.? Betul2 yakin Tuhan takkan biarkan aku atau meraih kepedulian manusia.? Atau, betul2 yakin Tuhan akan menjaga aku dalam setiap perkara tanpa mengharap perhatian manusia.?

Entah lah apa yang aku cari sebenarnya.

Redha Tuhan yang dikaburkan dari pandangan aku. Kasih sayang Tuhan yang dihambarkan dari terus mendakap jiwa aku. Rahmat Tuhan yang disamarkan dari kedapatan aku kepadanya. Jelas terbukti. Aku kejauhan.

Susahnya mencari Tuhan.

Susah kerana aku hamba yang bergelumang dengan dosa. Sukar kerana amalku tiada petanda menuju DIA. Sulit kerana hatiku penuh noda. Dan aku terus berangan peroleh segalanya hanya dengan semudah lidah bermain kata.

Mudahkan aku menuju jalanMu, Tuhan.

Comments

Siti Halimah said…
Kadang-kadang kan bila kita buat baik, dah niat dalam hati buat kerana Allah. Tapi ada jugak terselit sedikit rasa riak tu bila ada org tengok or tanya. Rasa mcm nakkk sangat beritahu org yg kite buat baik tadi. hatta sembahyang pun kenkadang nak beritahu org. x tahu la nk buang mcm mana perasaan riak tu.

Popular posts from this blog

Interview UIA

Bismillah... Almost 2months tunggu panggilan untuk interview dekat uia. Akhirnya, 15 Mei 2015, hari nie Allah izinkan jugak. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah Tadi, before masuk bilik 'exam' tu, berdebar2 jantung sebab rasa macam takut. First time in my life okay. So, no wonder la kan jantung mcm nak terkeluar. Hahaha. Malam semalam, baru teringat nak buat resume. Maybe tak payah, tapi takut jugak lah kalau dia minta. So, dengan perasaan yang rajin dan penuh berkobar-kobar aku siapkan jugak resume tu. Simple je. Malas nak buat panjang2. Atleast, ada. Tu je. Even dah diingatkan beberapa hari sebelum interview  to get well prepare, tapi biasa la kan. Afiqah mana reti buat atau plan benda awal. Last minit jugak dia pilih. Haha. Tiap2 hari dah 'reminder' ingatkan, jawapan tetap sama. 'Baikkk'. Tapi, 'baik' tu jadi 'baik' mcm tu je lah. Hahaha. Nasib baik remainder tabah tanya tiap2 hari. Terima kasih.. >.< Sehari sebelum in...

Welcome new me

 Assalamualaikum.. Setelah sekian lama, hampir lupa dah password dan id blog ni.  Just want to say hello dan hai new me. Haha. Ya! new me sebab aku yang sekarang bukan lah aku yang dulu. Incase ada follower blog nie yang masih menyinggah dan baca tulisan tulisan lama yang mungkin tak berapa matured tu kan, so faham-faham lah yer. Aku pilih untuk tak padam sebab aku nak tengok how far aku cuba mendapatkan diri aku yang sekarang. Ofcourse, 4 tahun yang dibiarkan sepi ini bukan tempoh mudah namun tidak juga sesukar yang disangka. I enjoy alot with tears and laugh. Haha. Adat lah. Hidup mana pernah sunyi dari up & down kan! 4 tahun ini, yang menjadikan aku a better me but somehow a very bad me jugak. Nasib lah.  Kenapa muncul balik? Sebab aku baru tersedar yang healing aku adalah menulis dan blog adalah satu tempat yang secure untuk aku jadikan tempat mencari ketenangan.  Wish me luck guys And, please doakan blog nie akan lebih memberi manfaat daripada mudharat ya. B...

Add Drop Subject

Bismillah.. Dalam keseronokan, Allah takkan biarkan hambaNYA terus leka dan lalai. Dalam susah, Allah pasti selit kesenangan. Itulah lumrah alam. I very tired just right now. Bukan penat badan je, penat hati penat otak penat semuanya, Rasa nak mengalah dah sebenarnya. Tapi try jugak jadi kuat. Berpura-pura tersenyum depan orang, malam menangis sorang-sorang. Dah jadi kebiasaan sangat. Sebab rasanya hanya dengan menangis aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Dalam rasa lemah dengan apa yang berlaku nie, aku tetap bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi sebab pada aku, nikmat Allah terlalu besar sebenarnya. Aku je yang lemah sangat. Bila diuji sikit rasa down, rasa lemah. Allahu. Lemahnya iman.. Act after keluar result kelmarin, around pukul 10malam, aku dah start kalut fikir itu ini. Result ept dan apt dah keluar, takdirnya aku fail dua2 sub tu then kena masuk kursus bahasa which is benda yang sebenarnya aku nak elak. Aku bajet, untuk Quranic language nie aku boleh lulus even t...